Showing posts with label dari hati. Show all posts
Showing posts with label dari hati. Show all posts

Tuesday, January 10, 2012

2012

Assalamualaikum wbt. pejam celik pejam celik, dah 10 januari, 10 hari dah berlalu untuk tahun ini, 2012, Ini bermakna hanya tinggal 356 yang tinggal untuk tahun ini. Pantas betul masa berlalu, sangat pantas.

Masa terus berlalu tanpa menoleh kebelakang. Rugi bagi kepada mereka yang lalai dan leka dengan arus dunia. Aku juga tidak terkecuali, bila aku fikir balik ape yang telah aku buat sepanjang tahun 2011? apa yang telah aku buat untuk membahagiakan kedua ibu bapa? ape yang telah aku buat untuk diri sendiri? adakah ianya bermanfaat? aduh, banyak betul yang sia-sia T__T

2011 juga banyak memberi suka dan duka. Banyak juga mengajar aku erti hidup. Iya lah, umur pun dah menginjak ke angka 24, nasib baik muka awet muda, macam 14 kan haha..*perasan*. Umur pun dah banyak, sepatutnya pengalaman pun dah banyak juga lakan, tak ada lah kat takuk yang lame kalau daya pemikiran tu. Bukan lebih baik sikit dari budak umur 4 tahun *tembus kat hati*

Semoga tahun 2012 ni lebih banyak mengajar erti hidup, lebih banyak memberi aku pengajaran yang bermakna. Bila umur dah menginjak ke angka 24 ni, aku dah rasa sudah masa untuk aku membuat perancangan hidup aku. Ya, aku faham..kita manusia hanya mampu perancangan, segala nya Allah yang terbaik memberi ketentuan untuk hambaNya ini.

Aku tak pernah ada azam. Bagi aku buat apa nak berazam bagai. Sebab nak berazam tak semestinya kene tunggu tahun baru..Bila-bila pun boleh nak berazam.. Mungkin sesetengah orang berazam pada tahun baru ni lebih ada semangat sikit. Tapi pada aku, tahun baru sama sahaja. Ianya satu angka yang berubah. Di sebabkan angka berubah, komitment dan tanggungjawab juga semakin bertambah. Bukan sekadar menjerit selamat tahun baru pada malam di ambang tahun baru.

Semoga tahun ini memberi aku 1001 pengalaman.

Ok, Salam, abis, adios.










Saturday, September 3, 2011

Alhamdulillah!!!

Assalamualikum wbt muslimin dan muslimat semua hehe

Beberapa hari yang lalu atau lebih tepat pada 3 syawal india or 4 syawal Malaysia, result exam yang kami tunggu-tunggu akhir nya keluar jugak. Tak sangka result keluar hari itu sebab selalunya result 1st year keluar dulu baru di ikiuti oleh 3rd year and last but not least baru lah 2nd year.

Alhamdulillah, aku lepas dan dapat proceed ke 4th year. Sangat-sangat bersyukur sebab masa peperiksaan tempoh hari aku tidak dapat menjawab dengan baik. Aku fikir mesti kene repeat atleast 1 paper. Tapi Alhamdulilah, aku lepas ketiga-tiga subjek walaupun lepas paras hidung je hehe

Terima kasih Allah.






Tak Percaya Tak Apa


Semasa masih menunggu result, aku selalu juga cakap yang aku tak boleh jawab satu paper ni. Aku beranggapan mungkin aku akan repeat. Memang soalan susah, apa yang aku tulis memang semuanya merpek je. Aku boleh jawab long essay je, short essay dan short answers memang aku tak boleh jawab.

Lepas result keluar, aku pun beritahu pada sahabat-sahabat aku yang aku clear ketiga-tiga paper. Lepas tu dia orang cakap dah tak nak percaya lagi apa yang aku cakap lagi pasal result exam. Dia orang cakap, kata tak boleh buat lah, fail la, tapi bila result keluar, lepas semunya.

Sini aku tak nak back up balik, tapi terpulang la apa yang korang nak fikir. Tapi nak beritahu sikit pasal paper yang aku tak boleh buat tu. FYI, aku dapat 26 markah out of 70 untuk universiti exam tempoh hari. Memang tak sampai separuh pun, sangat-sangat la jauh untuk separuh.

Memag aku tak boleh jawab, sebab tu dapat markah ciput macam tu. Tapi disebabkan departmet tu sangat-sangat la baik, nak tolong pelajar mungkin, die orang bagi markah untuk viva sangat-sangat la tinggi. Aku dapat 17/20. Sangat tinggi ok, markah distinction tu. So total semua lepas campur markah viva and carry marks dapat la 50/100.  Cukup-cukup makan je. Kalau kurang satu markah lagi memang fail dah.

Terpulang la nak percaya atau tak. Ni just nak bagi tahu je. Tak marah or nak terasa hati pun. Mintak maaf kalau terasa ok hehe peace.

Hadiah Untuk Diri Sendiri


Setiap tahun, lepas result keluar dan lepas aku akan beli sesuatu untuk diri sendiri. So tahun ni, rsult dah keluar dan aku lepas, aku kene la beli sesuatu kan? hehe

Setiap tahun aku akan beli:

1. Tukar apron/lab coat baru.

Tahun ni rasa gatal pulak nak beli yang long sleeve hehe






2. Tukar spec baru. yeay

Kali ni aku nak beli yang lagi besar and lagi tebal. Nampak macam nerd sikit haha final year ni 8 subjek ok, memang pengsan nak baca semua huhu


Nazar

Memang setiap tahun, aku akan bernazar berpuasa 3 hari dan belanja orang makan. Tapi kali ini aku bernazar lain sikit. Aku tambah puasa 3 hari kepada 7 hari dan botakkan kepala. Aku memang sengaja tambahkan nazar sebab tempoh hari aku rasa nak lulus sangat lah susah and aku sangat-sangat berharap untuk lulus. 



Kalau aku ada rasa lulus tu, tak ada lah aku nak tambah kan nazar. Aku akan buat yang seperti tahun-tahun sebelumnya tapi disebabkan aku mengharapkan sesuatu yang agak susah untuk dapat, so kene lah mintak dengan Allah dan berjanji untuk buat sesuat sebagai balasan. Terima kasih Ya Allah.

Ok, adios, habis. salam.




Belum terlambat lagi kan??

Assalamualaikum wbt. Selamat hari raya. maaf zahir dan batin hehe apa la aku ni kan, dah nak masuk 5 syawal dah, baru nak buat entri pasal raya haha.

Eh, tak apa lah kan, raya kan sebulan, kalau orang Malaysia, raya sebulan setengah. Bila-bila pun boleh wish kan hehe cuma feel raya tu dah hilang bila kita wish lambat-lambat kan.

Masuk tahun ni, dah kali ke 3 aku beraya di perantauan. Memang setiap tahun la, aku raya lambat sehari sebab kat tempat aku, pose start lambat sehari, so raya pun kene lambat sehari kan. Orang kat Malaysia dah meriah sambut kedatangan syawal, kita orang kat sini masih bangun sahur nak berpuasa.

Puasa tahun ni yang paling best aku rasa sebab aku tak miss walau sehari untuk bersahur!! Rasa macam seronok je bangun pagi-pagi pastu makan. Lepas sembahyang subuh, wajib lah tidur balik haha bila sedar-sedar je dah lambat nak ke kelas. Boleh dikatakan aku lambat 5 min setiap hari untuk kekelas haha

Di kesempatan ini aku nak memohon ampun dan maaf kepada semua yang membaca blog ini. Mintak maaf kalau terasa hati dengan penulisan yang kadang-kadang sedikit menyindir. Halalkan ilmu yang dikongsi.
Semoga segala amala yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan yang lalu di terima oleh Allah swt. Amiinn..Semoga kita di beri peluang berkali-kali lagi untuk menemui Ramadhan yang akan datang.



SELAMAT HARI RAYA.
MAAF ZAHIR DAN BATIN


Di sini aku nak kongsi sikit sambutan hari raya di Davangere. Sederhana tapi meriah. Rata-rata memberi feedbacks yang agak memberangsang kan hehe 

ambil feel raya dengan main mercun haha 

 merewang

 rewang lagi

 dan lagi

 dan lagi

 sembahyang raya

 lagi di masjid

 bakar sate

 lagi

 memantau haha

 mengemas tempat makanan dihidangkan

ketika menjamu selera

 bersama junior 2011/2012

 makan

 Dental batch 2008/2009

 lagi

 dan lagi

 lagi lagi

nomnomnom

 sate

Ok, bye, salam

Sunday, July 31, 2011

Percayalah

Assalamualaikum wbt. Sihat tak semua, maksud aku, pembaca yang sudi menjengah ke blog picisan aku ni. Harap-harapnye semua dalam keadaan sihat walafiat la hendaknye.

Kelas pun dah bermula. Cuti yang ciput pun dah habis. Memang kene percaya lah yang aku ni sudah berada di bumi india ini untuk terus kan perjuangan. Harap perjuangan yang di redhai oleh Nya.

Walaupun keputusan peperiksaan tahun 3 masih belum keluar, kelas tahun 4 sudah berjalan seperti biasa. Ya. kelas sudah pun bermula. Ini lah India. Realiti. Sekiranya keputusan keluar, and dengan izin Allah, gagal, maka, anda hanya berhenti datang ke kelas. Dan sekiranya lepas, pergi ke kelas la anda seperti biasa. Tolong doakan ye harap aku lulus, cukup makan pun jadilah, asalkan dapat naik ke tahun 4. Insya'Allah.

Jadual Tahun 4 BDCH


percayalah, inilah jadual kite orang, senin sampai sabtu, 8 pagi sampai 4.30.

So bila dah semua balik dari bercuti, banyak lah cerita yang nak di ceritakan kan kan. Bila kelas cancel or lecterer lambat masuk, memang di isi kan dengan perkongsian cerita dan perbincangan. haha jangan silap, bukan pasal pelajaran tau, pasal ehwal semasa. Lebih-lebih lagi yang panas-panas gitu haha

Bila cerita punya cerita, keluar lah topic kawin tunang semua. Mana tak nya, cuti yang diberikan telah di ambil kesempatan oleh pelajar yang advanced umtuk mendirikan rumah tangga and bertunang. Ramai jugak yang sok sek pasal isu tunang. Mana tak nya, mereka ini telah bertunang secara senyap-senyap. Tup tup je dah tunang. Aku tahu sebab yang bertunang tu hosmate aku. Kalau aku tak tahu, memang runtuh lah rumah ini aku kerjakan haha

Lepas tu, ada yang sound aku. Die orang cakap kalau aku tunang senyap-senyap memang habis aku di kerjakan. Aku pun dengan selamba nya cakap yang aku confirm lambat lagi akan bertunang. Memang jauh lagi perjalanan ni. Pulak tu aku ni masih single. Dengan sapa pulak aku nak bertunang kan.

Lepas tu ada pulak suara yang tak caya aku ni masih single sebab die orang cakap aku selalu post status yang jiwang kat mukabuku. See? hari tu aku dah warning awal-awal dah kat mukabuku. Aku ada post yang bagi tahu yang semua post jiwang itu di tujukan kepada kawan-kawan lelaki. Bukan kepada perempuan ye. Tak pun, aku rasa ayat tu best. So, aku post la kat status aku huhu


So, disini saya ingin membuat pengakuan berani mati, bahawasanya, I STILL SINGLE. haha. Kalau ada yang berkenan, boleh lah luahkan kat email, mana lah tau boleh di konsiderkan haha

Ok, habis, adios salam.

Sunday, July 24, 2011

Detik-detik Akhir

Assalamualaikum wbt..

Terima kasih semua. Sungguh aku hargai kalian. Aku sungguh beruntung kerana masih diberi peluang untuk berjumpa, mengenali kalian. Ya, anda semua. Terima kasih yang membuatkan cuti aku bermakna. Pendek tapi penuh dengan manis semanis madu (",).

Terima Kasih kepada:

1. En Rosnin sekeluarga (Rasydan)- diatas layanan dan pengangkutan dari LCCT ke Johor. Tidak lupa penginapan yang diberikan ketika saya datang bertandang ke rumah.

2. Zulhilmi dan keluarga- diatas penginapan, pengangkutan yang diberikan ketika aku berkunjung ke melaka.

3. En Che Azmi sekeluarga (Azim)- juga yang sudi menerima saya sebagai tetamu. Layanan yang diberikan di akhiri dengan jutaan terima kasih.

4. Penganjur Program Tautan Ukhuwwah 2011.

5. Moksu Ayang sekeluarga.

6. Last but not least, My Lovely Family.

Segala jasamu akan ku kenang hehe Insya'Allah berjumpa lagi kita di akan datang, berjumpa dan berpisah kerana Allah.

Jumpa Lagi Malaysia, Insya'Allah lagi setahun.

Ok, habis, adios, salam.

Nota:
1.Kirim salam dengan lafaz Assalamualaikum kepada keluarga anda jika anda membaca post ini.
2. Doakan kejayaan saya dan rakan perjuangan.

Friday, July 22, 2011

Semua Nak Berahsia!!!

Assalamualaikum wbt and hello semua...

Aku nak post entry yang pendek je. Post kali ni memang aku nak cakap sikit. Perkara yang aku tak suka!! Tak kisah la sape yang bace post ni. Yang penting aku nak bagi tahu benda yang aku tak suke.


Aku tak suka bila orang cakap separuh-separuh, lepas tu bila tanya balik, die cakap rahsia!!! Bengang gila aku dengan orang macam ni. Kalau dah nak berahsia, tak payah lah nak cerita. Ni cerita separuh-separuh.

Memang sejak kebelakangan ni, ramai betul orang nak berahsia dengan aku. Kalau yang nak berahsia dengan aku ntah sesape memang aku tak amik port pun. Lantak la die orang nak berahsia dengan aku. Aku akan kisah bila orang yang agak rapat pun nak berahsia.

Perangai aku pulak, aku suka bercerita, selagi aku boleh bercerita, aku akan cerita la. Die orang tak tanya pun, aku akan cerita. See? nampak macam aku ni terhegeh-hegeh tak? Kadang-kadang sedeh gak. Lagi-lagi kalau aku tanya, die orang balas, RAHSIA, tak boleh tau. Yes, aku faham, setiap orang ada privacy and i respect that.

Satu lagi korang perlu tau, aku tak judges korang based on past background history korang. Aku terima korang seadanya. And korang pun sama la ye.

Ok, Habis, adios, salam. T_____T

Thursday, July 21, 2011

My Famous Friends 1

Assalamualaikum wbt muslim dan muslimat semua. Bermulalah penceritaan aku yang pertama:

Aku sekolah dengan dia semenjak dari sekolah rendah lagi. Tapi masa tu belum rapat lagi. Aku pun tak berapa nak ingat pasal dia kat sekolah rendah. Aku pun tak sure juga yang kite orang ni satu kelas ke tak haha Tapi yang pasti, aku memg satu sekolah dengan die dari darjah satu sampai darjah lima. darjah enam tak satu sekolah sebab aku pindah kat sekolah lain.

Then, tingkatan satu aku satu kelas dengan dia balik. aku setahun je duduk dekat rumak pakcik aku. Lepas UPSR and tak dapat SBP (bajet ar, result pun macam hampeh je haha, lagi pun aku tak nak duk asrama). Masa tu, aku sekelas je, duduk dekat-dekat. Lama gak aku nak sesuai kan diri. Tu aku lah, tak tau die macam mane haha

Masa tingkatan 2 baru aku sedikit rapat dengan dia. Masa ni dah duk sebelah-sebelah dalam kelas. Sejak ini persahabatan kami semakin rapat. Sikit-sikit, but stil rapat kan? haha pulak tu, kelas kemahiran hidup dalam aliran yang sama, kemahiran manipulatif tempatan (KMT). So, banyak jugak la benda yang sama kite orang buat membuatkan kite orang bertambah rapat.

Tingkatan 3, aku rasa tahun kemuncak aku rapat dengan dia. Sebab tingkatan 4 aku masuk SBP, sedikit sebanyak merenggangkan sedikit persahabatan kami. Paling best masa tingkatan 3 la, masa aku dengan dia. Boleh hampir setiap petang aku akan merayap ke rumah dia, duk berbual. Kalau kelas tambahan habis kul 4.30, pukul 5 aku dah pergi rumah dia and pukul 6 balik rumah sebab nak tengok drama cina. Masa tu, drama cina pukul 6 masih lagi best, memg tak boleh mis la orang cakap hehe

Tingkatan 3 kan dah nak pekse besar, PMR, so aku yang ok dalam math selalu gak  tunjuk ajar dia, tak kan nak cemerlang sengsorang kan? hehe ilmu yang ad perlu lah dikongsi ok. Tapi memang aku rasa seronok la waktu ni, belajar sesama. Tak tau la die seronok ke tak hehe

Dia selalu layan karenah aku yang banyak karenah ni. Dia selalu lah jadi mangsa aku haha jahat gila aku masa ni, agak selalu merajuk, tapi dia rileks je,  tak buat hal, aku je T__T. Pulak tu, aku selalu tanye soalan yang pelik-pelik kat dia, aku paksa die jawab pulak tu haha jahat kan aku? huhu




Sekarang ni, dia masih belajar dalam bidang accountancy dekat UiTM Segamat. Tak habis lagi, kalau tak silap, bulan 2 tahun depan akan grad, IA.

Pada aku dia ni seorang rakan yang baik. Selalu menjaga hati rakan-rakan. Senang kalau bergaul dengan dia ni. Rajin memang aku pun kalah la. Memang stady hard, tak tau la sekarang kan haha manusia berubah hehe Dia ni jarang online, tak tau la kalau invi kan. FB die memang jarang die update, so susah sikit kalau nak kontek la. Bila aku balik rumah, kadang-kadang die akan datang rumah.

Ok, Habis, Adios. Salam



Nota: keep reading, I might be write about YOUKeep reading, i might be write about YOU


My Famous Friends 0

Assalamualaikum wbt semua. Kali ini aku nak bercerita sikit pasal kawan-kawan aku. Kawan-kawan yang aku gelar mereka rakan, teman, dan sahabat. Mereka adalah salah satu yang sangat penting dalam hidup aku. Ofcoz la family comes first. Tapi kekadang mereka yang aku dahulukan dalam satu-satu hal.


Setiap satu entry 'My Famous Friends' aku akan cerita pasal rakan aku yang sangat penting dalam hidup aku. Mungkin mereka pernah jadi sejarah hidup atau mungkin mereka adalah orang di sekeliling aku sekarang ini. Tak adalah aku bagitau nama mereka dalam entry tersebut. Aku hanya bercerita. Mungkin anda dan mungkin tidak.

Aku akan cerita di entry yang mendatang. Mungkin malam ni satu entry akan aku publish. Mungkin, kalau aku rajin la haha.

Keep reading, i might be write about YOU

Ok, Adios, salam.





Friday, July 15, 2011

Sangat Banyak

Assalamualaikum...

Apa yang sangat banyak ni? haih..ntah pape la ko ni fikri haha. Sebenarnye sangat banyak aku nak tulis kat sini, sangat banyak cerita yang aku nak kongsikan, sangat banyak rasa yang aku sedang pendamkan dan sangat banyak luahan yang aku ingin terjemahkan.

Tapi, sangat banyak juga masa yag aku perlukan untuk menulis. Bila masa yang banyak diperlukan, aku jadi malas, malas tahap gaban. haih, nanti sedikit masa lagi, akan aku coretkan . Sedikit demi sedikit, biar apa yag ingin aku sampai akan terlaksana.

Cuti yang sedikit ini akan aku simpulkan di entri akan datang. Cuti yang ciput, 2 minggu, cukup? ahhh...kalau bagi 2 tahun pun masih tak cukup. Syukur pada cuti yag diberikan walau kadag kala hati dan ulut bersatu memaki nista. Apa yang aku dapat? dosa!!! itu sudah pasti.. Semoga aku diberi kemaafan dari Yang Maha Agung.

Ok, Habis, Bye Adios, Salam.

nota:
1. update yang pertama dibulan 7 walaupun sudah setengah bulan.
2. ihsan internet dirumah azim, dapat aku updat seketika. Tidak lupa dirumah sahabat aku yang lain, dapat juga aku on9 seketika.
3. bermalam di rumah azim untuk ke program tautan ukhwah di bukit nur uggul, sepang.

Saturday, June 11, 2011

Exam Mood @ swing

Assalamulaikum semua pembaca tegar. Terima kasih yang sudi membaca. Eh dah tambah lagi sorang teman setia la haha kepada silent follower, terima kasih juga yang membaca. Nak buat ape kejar tema setia bebanyak kalau merekan tak membaca ape yang aku tulis, betul x? tapi kalau teman setia yang sikit ni, die orang baca ke? tettt...


1. Malas nak cakap banyak sebenarya. Ni pun curi-curi masa nak update, sebab final exan dah nak dekat ni, tinggal beberapa hari je lagi. Tapi banyak lagi yang tak habis baca. Apa yang penting? usaha dulu, betul x? huhu
Exam aku start 21hb 6 ni sampai 24hb 6. Ni exam teori je, practical tak keluar lagi. Pelikkan? biasa la india. Memang suka menyusahkan orang je, kalau announce awal, kan boleh booking tiket awal, dapat murah + jimat. Mohon doakan.


2. Yeah balik Malaysia. Lepas final exam ni mestilah balik Malaysia. Dah hampir setahun tak balik ni. Tapi sebelu balik mesti kene exam, tak best betul. Tapi yang penting, kurang sebulan aku nak balik Malaysia dah hehe kalau nak buat appointmet dengan aku, cakap awal-awal, boleh kite lepak sama-sama hehe


3. Nak luahkan perasaan sikit. Sikit je, nanti kalau banyak susah kalau terkantoi haha. Perasaan ni selalu datang bila aku duk sorang-sorang or masa nak exam macam ni. Yela, orang single, mesti kesunyian sikit hahaha..ok aku merepek, kepala swing sikit bila waktu exam macam ni. macam ni:


"Ni pasal kawan@teman@senior@sahabat. Suka hati lah yang mana satu korang anggap aku yang mana satu, aku tak kisah pun. Fine, aku selalu terasa dengan korang, kenapa? sebab aku nak kawan dengn korang. Kalau aku tak ada perasaan, memeng korang buat ape kat aku pun, aku akan buat dek je. Memang aku buat dunno je. Dulu pernah sorang ni cakap, perkara macam ni boleh merapat or tambah mengenali satu sama lain. Terima kasih lah yang fikir macam tu. Apa yang aku buat nak berkawan dengan korang? aku buat yang baik-baik je untuk korang. Aku cuba buat yang menyenangkan hati korang. Tak tahu lah korang sedar atau tidak. Tapi mana yang membuat korang rasa tak selesa, aku mintak maaf bebanyak la. Cuma lately aku rasa ada yang start berubah. Dah tak macam dulu masa mula-mula kenal. Aku tak tahu lah, memg 'korang' berubah or just my imagination n feelings.I think, i've done my part. Now it's up to you all. Tapi aku benci gila kalau korang berkawan dengan aku bersebab berkepentingan. Macam aman tu? korang fikir lah sendiri. Tapi aku tahu, memeg ada dikalangan korang yang berkawan dengan aku kerana Allah. Uhibbuka Fillah."


 "Semoga Allah mencintai kamu yang cinta kepadaku karenaNya."
 HR Abu Dawud 4/333 dan dihasankan al Albani dalam shahih Abu Dawud

Sori, terpanjang pulak..hehehe...

ok, habis.

Adios.

p/s: 1. Sape yang terasa, aku mintak maaf bebanyak. Mungkin aku tujukan kat ko, mungkin tidak.
       2. toksahlah buat spekulasi yang bukan-bukan ye..hehe..

Tuesday, April 26, 2011

Soal Hati

Assalamualaikum kepada pembaca..kihkihkih..macam tak ada pembaca je. Tetapi bagi mereka yang sudi membaca, terima kasih daun keladi diucapkan.

Aku pun tak tahu kenapa, sejak akhir-akhir ni, perasaan lain macam je. Syaitan banyak kali cucuk suruh fikir negatif. Tapi aku cepat-cepat fikir positif balik. Kalau aku dah fikir negatif, habis semua perkara aku fikir negatif. Tapi yang paling aku fikir adalah pasal kawan-kawan aku. Dia orang lah selalu jadi mangsa fikiran negatif aku. Syaitan ni memang nak putuskan hubungan persaudaraan yang telah tersimpul rapi. Walaupun kekadang simpulan itu sedikit terungkai supaya ikatan yang lebih rapi dan ampuh boleh terbentuk.

Aku boleh cakap, aku ada beberapa orang rakan, kawan, sahabat (lelaki) yang aku kira rapat. Kiranya aku boleh cerita terbuka. Tak payah aku nak tapis-tapis, kalau melawak aku boleh cakap lepas je. Tapi aku tak tahu lah apa yang die orang fikir pasal aku. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

Pernah sekali aku merajuk dengan dia orang haha mesti korang fikir aku macam perempuan, sensitip i tau haha. Aku terasa bukan apa pun, benda kecik je. Ni kes aku fikir negatif la. Tak pasal-pasal dia orang jadi mangsa. Aku just fikir macam aku ni tak dihargai. Tapi bila difikirkan balik, siapa ak kan untuk dihargai? huhu *kesat air mata jap* ok sambung lagi cerita.

Kekadang nak gak aku dengar macam ni "fikri aku nak makan rumah kau, boleh masak lebih tak?" Tak ada lah perlu aku panggil. Dalam reramai, ada lah sorang 2 yg selalu datang rumah, lepak-lepak kat sini. Ada yang aku dah anggap ahli rumah ke-5. Sebab aku tinggal dekat luar, bukan dekat hostel. Aku tinggal dengan 3 orang rakan,kawan , sahabat, so total dalam rumah ni 4 orang lah, termasuk aku. Orang yang selalu lepak dekat rumah ni, aku panggil ahli rumah ke-5. Nanti ada masa aku cerita pasal rumah aku yang seksi ni haha.

Pernah juga aku terasa dengan sorang mamat ni. Sebab pun kecik je. Tapi memang dah perangai aku kan. aku merajuk lah. Lepas tu, aku terus cakap direct dengan dia. Aku cakap aku terasa dengan kau pasal bla bla bla. Harap dia tak ulang lah apa yang ak tak suka sebab dia dah tau perangai aku macam mana. Maaf je sahabat.

Lagi sorang, aku tak tahu lah dia marah aku or terasa dengan aku. Aku pun tak tahu. Sebab dah lama gak aku tak tegur, sms, or berbual dengan dia. Hampir 2 minggu rasanya. Aku kalau aku rasa orang tengah marah dengan aku, memang aku tak tegur sampai dia tegur balik. Ego? suka hati la apa yang korang nak cakap, memang macam ni perangai aku. Memang senyap je, aku nak tegur pun macam takut.

Minta maaf je rakan-rakan. Aku tahu perangai aku kadang-kadang membuatkan korang rasa tak selesa. Tapi ini lah aku. Mana yang salah, harap dibetulkan.

Sekian , adios.

p/s: eh ni pos ke2 la untuk minggu ni haha



Friday, December 10, 2010

Kau Tetap Dalam Ingatan Kami Selamanya

11.12.2010.
Sebulan telah berlalu. Adakah masih ingat pada sebulan yang lalu. Ya, kenalan yang rapat pasti ingat. Bukan saya ingin katakan yang saya adalah rakan atau kenalan yang rapat. Tetapi ingatan saya masih jelas. Ya, pasti. Saya masih ingat pada sebulan yang lalu.

Waktu begitu pantas berlalu. Sungguh pantas. Tanpa kita sedari, sudah sebulan kau tinggalkan kami. Meninggalkan kami yang merinduimu wahai teman yang bergelar sahabat.

Mendengar sedikit cerita dari En. Khai, membuatkan semua kawanmu terdiam. Sedih dan pilu. Harapan dan impian yang indah musnah sekelip mata. Semuanya telah tercatat dan hanya Allah yang mengetahui setiap takdir manusia.

Memang sukar untuk dilupakan. Bagaimana seorang kenalan, teman, rakan atau sahabat sepertimu boleh dilupakan? Kenangan terindah yang diciptakan bersama sebagai pengubat rindu.

Sahabat mu yang lain juga merinduimu. Semuanya. Ada yang masih terkenang dan tidak kurang juga yang merasa kosong sejak kehilangan mu.

Coretan ringkas sekadar  pengubat rindu. Rindu yang tidak mampu terubat.

Aku tahu, luahan ini tidak akan kau ketahui. Mungkin, malaikat disekeliling mu bercerita dan kau terdengar. Mungkin.Semoga tenanglah dikau di alam barzakh.

Al-Fatihah buat Muhammad Akmal Shahiran. (3.05.1990-11.11.2010)

Tuesday, November 30, 2010

Dari Anak Ibu

Ibu.
Ibu rindu tak dekat anak ibu yang sorang ni? mesti rindukan hehe.. Tadi baru lepas telefon ibu, dapat dengar suara pun jadilah kan. Walau jauh di mata, tapi dekat di hati. 

Ibu.
Kite ingat lagi.
Masa tu, kita kecil lagi. Tadika mungkin. Hari itu kita demam.Malam-malam, kita terjaga dan terus menangis. Ibu tanya kenapa? sakit ke? Kita cakap yang kita haus. Ibu tanpa banyak bicara terus menjerang air untuk membuat air milo. Lepas minum kita terus tidur tanpa ucap terima kasih. Ibu fahamkan? Yela, anak ibu ni masih kecil, tahu merengek je tanpa mengucapkan terima kasih.

Ibu.
kite ingat lagi.
Kite tahu, perangai kite macam budak perempuan masa sekolah rendah. Ramai yang cakap kite ni lembut. Tapi, kite buat tak tahu je. Ibu pun sama kan? Buat tak tahu je? Pakcik dan makcik pun sama kan? Dia orang selalu sakat kite. Kita sebenarnya kisah dengan semua itu, tapi apa boleh buat, mulut orang kan, mana boleh tutup. Kalau mulut tempayan dah lama dah sumbat dengan kain buruk hehe Tapi tak apa asal ibu percaya dengan anak ibu yang sorang ni.

Ibu.
Kite ingat lagi.
Minat kite hampir sama. Betul tak? Kite tolong ibu tanam pokok bunga. Penuh keliling rumah dengan pokok yang ibu tanam. Kite ingat lagi yang kite pergi hantar ibu pergi beli pokok bunga. Kite pun ikut teruja. Kite nak pokok bunga matahari sebab kite tengok kat depan rumah orang. Cantik. Ibu cuba cari, tapi tak ada. Kite tak kisah pun sebab asalkan pokok yang ibu inginkan dapat dibeli. Ibu pun tak kisah kan yang minat kite macam budak perempuan. Biarlah mulut orang nak cakap kan bu.

Ibu.
Kite ingat lagi.
Sebelum keputusan spm keluar, ibu janji nak belikan telefon bimbit kalau dapat keputusan yang cemerlang. Tapi ibu tak bagi pun. Kite tak kisah pun. Sebab masa tu, moksu dah bagi satu kat kite. Kadang-kadang kite ungkit balik sebab kite nak bergurau dengan ibu. Ibu tak kisah kan? Maafkan anak ibu ni ye.

Ibu.
Kite ingat lagi.
Ibu percaya yang bila kita cakap yang kita masih tidak ada teman wanita yang rapat. Tapi orang keliling semua tak percaya. Ibu sorang je yang percaya. Terima kasih ibu, memang hati anak ibu ni masih tidak terisi lagi. Hanya ibu wanita pertama yang berada di hati anak ibu ni. Nanti bila sudah ada wanita kedua didalam anak hati anak ibu yang sorang ni, kite akan cepat-cepat bagi tahu. Nanti bolehlah ibu pinangkan untuk anak ibu ni. Boleh buktikan pada mulut orang yang cakap anak ibu yang sorang ni lembut.

Ibu.
kite ingat lagi dan kite ingat lagi. Banyak yang kite ingat lagi.Semua adalah kenangan terindah buat kite yang diciptakan oleh ibu. Ibu ingat lagi tak? Kite tak kisah pun kalau ibu tak ingat sebab ibu banyak lagi yang nak ibu fikirkan. kan ibu kan?

Ibu.
sebenarnya anak ibu ni nak beri tahu yang ibu adalah ibu terbaik dan nak cakap yang anak ibu ni sayang ibu. Tapi malu nak cakap depan-depan ataupun dalam telefon. Nanti kalau cakap, takut ibu terkejut. Yela, tak pernah anak ibu yang sorang ni lafazkan dengan kata-kata. Ibu tahu kan?

Ibu.
Doakan anak ibu ye, bukan doakan yang sorang ni je, doakan semua skali anak ibu. 

Ibu.
Jangan bagi tahu abah tau pasal ni. Nanti abah merajuk pulak hehe yela tak ada "dari anak abah". Nanti kalau ada masa, kite buat pulak " dari anak abah" hehe

salam peluk cium dari anak ibu.

p/s: tak nak tag sesiapa. Ni untuk ibu kite sorang je.


I LUV ISLAM

iluvislam

About This Blog

free counters