Monday, May 16, 2011

Fitri Haris- Suara Azan

Assalamualaikum. Ni satu lagi lagu nasyid yang sedap didengar. Jom layan


Suara Azan



Telah terdengar suara
Memanggil memuji yang Esa
Menyeru muslimin dan juga muslimat
Untuk segera bersolat


(chorus)

Suara azan
Di langit tinggi
Mengagungkan MU

Puji juga memuja
Allahuakhbar 


Oh azan 

Mendayu ingatan lima waktu
Panggilan menyembah MU
Tuhan yang satu


Bangun semua
Bingkas segera
Usah berlengah
Lupakan lelah
Majulah

(Chorus) 

(Chorus)



Wednesday, May 11, 2011

India Life 3: Lesen Motor

Assalamualaikum pemmbaca sekalian. cewah macam ramai je pembaca nye hehe. Tengok Followers kat sebelah tu, 10 orang jek. Tak apa lah, asal ada orang yang sudi membaca apa yang aku tulis kat blog tulis & conteng ni huhu.

Kali ini aku nak cerita sikit mengenai lesen india ni. Test ambil lesen yang paling senag dekat dunia. Comfirm, paling senang dekat dunia haha.

Aku mula naik skuter dekat india ni masa aku dah masuk tahun ke-2. Masa tahun pertama masih naik auto, ala beca india tu. Nak gerak kemana-mana senang sikit bila dah ada skuter ni.


(kedai yang menjual borang)


(mari belajar undang-undang jalan raya)


(macam nak masuk rumah hantu huhu)

Bila dah ada skuter, lesen mesti lah kene ada sekali kan. Nanti pakcik polis tahan mintak lesen, tak terketaq ke kepala lutut cakap tak ada haha

So kita orang plan la pergi ambil lesen india sebab malas nak banyak fikir untuk tukar lesen Malaysia jadi international license. Lagi pun pakcik polis dekat sini bukan pandai cakap bahasa omputeh pun. Buat pening je nanti kalau nak terangkan dekat die orang.

Kite orang mintak tolong dengan kolej. Suruh die orang aturkan semua, kite orang just ikut je. Macam biasa, mula-mula kene isi borang. Harga barang tak silap less than rs5. Kalau Rm kan dalam 20sen. Memang murah gile. lepas tu kene jumpa pakcik polis a.k.a JPJ. Mintak die sign borang tu. Masa nak mintak sign tu, pakcik tu akan tanya la sikit-sikit pasal undang-undang jalan raya seperti macam mana nak belok kiri bla bla bla.

Bila pakcik polis tu sign je, dapat la lesen L. Dalam seminggu baru dapat lesen L ni. Bila orang sini cakap 5min, selalunya kite orang akan darab 3. So kalau seminggu dalam 3 minggu la baru dapat.

Lepas sebulan, baru boleh test motor. Lesen motor dekat sini pulak terbahagi kepada 2 iaitu with gear and without gear. Aku ambil yang without gear la sebab aku bawak skuter je, bukan motor besaq2 haha






(bangunan JPJ lama, sekarang dah tukar ke bangunan baru)

Masa test pulak, kite orang kene bawak skuter sendiri untuk test. Siyes, kene bawak motor sendiri. Memang macam hampeh. Lepas tu die tak ada jalan raya yang untuk test tu, yang ada hanyalah tanah lapang . Kawasan lapang tu lah yang digunakan untuk test motor dan kereta. Just buat U turn and u got a driving license. Kalau nak tengok macam mana kite orang test motor, klik sini

Lepas sign dokumen sikit-sikit, dah dapat lesen. Memang senang nak dapat lesen. Tapi yang lecehnya kene berurusan dengan orang sini a.k.a tempe sebab die orang suke melengahkan kerja yang mudah. Kerja yang boleh siap 5min boleh jadi 2-3jam untuk siap. kene push baru buat kerja, kalau tak memang tak buat kerja.

Kalau nak cerita perangai tempe ni memang ambil satu entry tau. Tension.

Nanti aku ce cecite lagi pasal india ni ok.
Ok Adios huhu

Tuesday, May 10, 2011

Mawi ft. Akhil Hayy- HambaMu


Assalamualaikum wbt. Malas nak bebel bebanyak. Layan la lagu tema Imam Muda 2 ni. Best-best hehehe
Mawi ft. Akhil Hayy- HambaMu
Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah



Sunday, May 8, 2011

It's Me 1: Aku Mudah Terasa

Assalamualaikum. Apa kahabar? harap sihat la kan, di samping limpahan kurniaan rahmat Allah swt.

Tetiba je rasa gatal nak update blog cikai ni. Dah bebrapa hari xupdate ni. Hari tu ingat nak update sekali seminggu tapi ni dah lain cerita dah, seminggu 2-3 kali. wow haha Makin nak exam, makin rajin pulak aku mengupdate blog ni. Padahal esok ada exam general medicine, rasa malas tu membuak-buak. Bila tengok buku je rasa pening semacam je haha Kalau mengadap muka buku ok je, memang tak ada masalah haha

Tengok tajuk je macam pelik kan? haha tapi tu lah aku, cepat terasa dengan orang. Tapi aku ni boleh je buat gurau, asal jangan lebih-lebih la. And tak campur hal peribadi yang sensetip ok.

Kalau aku terasa memang aku akan senyap je. Orang tegur aku akan buat dunno. Lagi-lagi dengan orang yang aku terasa, memang aku buat dunno. Kalau boleh tu nak tunjuk protes, biar dia rasakan hahahahaha

Satu lagi, kalau aku buat salah or tak, memang orang lain akan tegur aku dulu, Biasanya dalam 2-3 hari ok la, aku tak akan ambil masa yang lama untuk recover huhu. Ego? Lantak la apa orang nak cakap pasal aku haha

Tapi, kalau aku terasa pasal hal yang sangat lah kecik, aku tak tunjuk, just pendam kan je dalam hati. Nanti kalau layan boleh menjadi-jadi.

 Kalau masa besday pulak, aku expek dari certain orang untuk wish. Aku harap dia orang akan wish, Tapi, besday aku hari itu, tak semua orang wish, orang yang aku harapkan lah. Pasal tu pun aku leh terasa. Pelik kan aku? haha Aku tak harap pun orang bagi hadiah or celebrate besday aku, just wish, tu pun orang susah nak buat. Tu yang kuar status dekat muka buku tu haha

Sebenarnya entry ni untuk bagi tahu perangai aku sikit-sikit la. Tak kenal maka tak cinta? tak gitu huhu. Nanti lain kali aku cerita lagi perangai aku ok. huhu

Ok, Adios.






Wednesday, May 4, 2011

Nowseeheart-Kerana doa

Salam. Dah ni lagu terbaru yang aku suka. Dengar sekali terus kena cari lirik untuk menyanyi sekali haha...ni lirik dia kalau korang nak menyanyi sekali ok...

Kerana doa

Melangkah jauh tanpa arah dan tujuan
Bumi nan subur ini kurasakan gersang
Di dalam terang kegelapan
Seakan ku hanyut di daratan
Ku ingin pulang ke pangkalan

Pabila mata hati dan minda terbuka
Bertandang keyakinan terhakis curiga
Putaran masa pasti menemukan
Jarak dan ruang bukan sempadan
Tuhanku teramat penyayang

Aku tahu
Kau selalu bersamaku

Tak sesaat Kau biarku keseorangan
Tak sesaat pintaku jadi bebanan

Ku percaya
Kerana doa bertitian tiap waktu
Dengan izinMu
Ku kembali ke pangkalanku

Tak sesaat Kau biarku keseorangan
Tak sesaat pintaku jadi bebanan
Ku percaya diri ini memerlukan
Ku percaya doaku yang mengeratkan





Best tak? bes kan hehe...
ok, adios.

Tuesday, May 3, 2011

India Life 2 : Pasar Ikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada lelaki yang beriman dan perempuan solehah.

Kali ini aku nak sambung sikit mengenai pasar ikan di tempat aku. Dekat mana tempat aku? Korang pergo google map, and then search la davangere, karnataka, india. Ya, india ok, aku sekarang sedang sambung belajar di negara yang terkenal dengan kisah cinta Shah jahan dan Mumtaz mahal. Cari la sendiri ya dimana davangere ini hehehe.

Masa kita orang mula-mula datang sini, kita orang tak tahu pun ada pasar ikan dekat area sini. So, kita orang makan ayam aje la, dan mengharapkan pakcik mess@dewan makan hostel menyediakan ikan. Kiranya, setahun jugak lah aku jarang nampak ikan, ketam, sotang dan udang. Kerang and kupang jangan haraplah, memang bayang pun tak nampak. Kalau nak makan sangat, pergilah Banglore, Bandar terdekat and syurga shopping haha kira macam KL la banglore ni. Perjalanan mengambil masa 5-6 jam. Tak kebas bontot haha

Di pendekkan cerita, semasa Hari Raya Aidil Fitri 2009, Davangere menjadi tuan rumah untuk menyambut perayaan ini. So, ramailah warganegara Malaysia yang ada dekat India ni berkumpul di Davangere. Dalam ramai-ramai tu, ada terselit 2 orang pekerja yang menguruskan lebuhraya di sini. Dia oranglah yang bercerita pasal pasar ikan ini. Dia selalu datang davangere ini sebab nak membeli seafood. Kita orang ni peliklah, sudah hampir setahun duduk davangere, kita orang tak pulak dengar pasal pasar ikan. Biasalah bila ramai orang sendiri di tempat asing, memang akan membuat perkampungan sendiri la. Memang jarang berbual dengan orang tempatan.

So, dengan information yang ada, aku pun menggagahkan  pagi ahad aku untuk pergi mencari pasar ikan. Pasar ikan ini hanya dibuka pada hari ahad, selasa dan jumaat kalau tak silap. Tapi hari ahad yang paling best sebab semua ikan fresh. Kiranya semua stok ikan sampai pagi ahad la.


ketam pun ada
sodap buat masak lemak




ikan sungai pun ada


macam-macam ikan ada
terasa macam dekat pasar ikan malaysia



nampak tak ikan apa tu?
ikan yu pun ada.


Sekarang ni, memang hampir setiap minggu akan pergi pasar. Memang akan jadi ruti mingguan dah. Beli untuk seminggu, kalau terlajak tidur, memang minggu tu akan makan ayam aje lah nampak nya. Harga lebih kurang je macam kat Malaysia. Ada yang mahal sikit, murah sikit. Ok lah kalau nak makan, tak ada lah setahun sekalu jumpe udang sotong semua huhu.

Ok, cukup lah pasal pasar kat india ni. Nanti aku cerita lagi pasal india life aku ok.

Salam, adios.

Sunday, May 1, 2011

Maher Zain - Sepanjang Hidup


Salam. Dah dengar tak lagu Maher Zain yang diterjemahkan dalam bahasa Indonesia/Melayu yang bertajuk For The Rest OF My Life? Kalau belum klik kat bawah ni, Siap ada lirik, leh menyanyi sekali ye hehe





Aku bersyukur kau di sini, kasih
Di kalbuku, mengiringi
Dan padamu
Ingin kusampaikan
Kau cahaya hati
Dulu kupalingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir ubah segalanya
Oooo
Inilah janjiku kepadamu

Chorus:
Sepanjang hidup
Bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu
Kaulah cintaku, cintaku

Sepanjang hidup
Seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan s'lamanya
Aku milikmu

Yakini hatiku
Kau anugerah sang Maha Rahim
Semoga Allah berkahi kita
Kekasih, penguat jiwa
Kuberdoa, kau dan aku di Jannah
Kutemukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan s'luruh hidupku
Oooo
Inilah janjiku kepadamu

*Repeat Chorus
Yakini hatiku
Bersamamu, kusadari inilah cinta
Tiada ragu,
Dengarkanlah kidung cintaku yang abadi

I LUV ISLAM

iluvislam

About This Blog

free counters