Showing posts with label India Life. Show all posts
Showing posts with label India Life. Show all posts

Sunday, August 7, 2011

India Life 4: Ramadhan

Assalamualaikumwbt. Salam Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan penuh keberkatan.

Pejam celik pejam celik, kita sudah berada di dalam bulan Ramadhan. Aku rasa baru je sambut raya tahun lepas, tup tup dah puasa balik. Alhamdulillah Allah telah beri kesempatan kepada hamba yang kerdil ini untuk merasai nikmat untuk berada didalam bulan Ramadhan sekali lagi. Mungkin ini adalah yang terakhir, maka marilah kita bersama-sama manfaatkan sepenuhnya Insya Allah.

5.8.2011. Tarikh ulang tahun ke 3 kami, batch 2008, berada di india. Insya Allah ada lagi berbaki 2-2 1/2 tahun lagi untuk di lalui. Aku rasa macam sekejap je lagi untuk menghabiskan pengajian di sini. Dan aku pasti akan merindui suasan di sini. Ya, aku pasti, tiada ragu.

So, dah hampir 4 kali aku berpuasa di perantauan termasuk kali ini. Maka sudah 4 kali juga lah tidak dapat bersahur dan berbuka puasa bersama keluarga tersayang. Insya Allah, dimasa akan datang dapat lagi saya diberi peluang untuk merasai disamping keluarga tersayang dan mungkin juga insan tersayang ehem ehem..hehe

Berpuasa disini tidak lah banyak berbeza dengan berpuasa di Malaysia. Namanye pun berpuasa, menahan diri dari melakukan yang membatalkan puasa, so, sama je.

Tapi, memang di akui berpuasa di Malaysia memg meriah. Meriah dengan Bazar Ramadhan, belum lagi dengan bazar yang menjual kelengkapan untuk menyambut kedatangan Syawal. Walaupun pose pun belum, iklan raya memg sudah berlamabak-lambak dipasaran. Semoga suatu hari fenomena ini akan berubah.

Dekat sini? memang tidak ada bazar Ramadhan. Bagi siapa yang duduk di hostel, memang makanan untuk berbuka memang di sediakan tapi kadang-kala tidak mengikut jadual. Makanan disediakan lewat dari masa yang diberitahu.

Bagi saya pula yang menetap luar asrama, menyediakan makanan sendiri. Yup, memg setiap hari, mengikut giliran masing-masing kami menyediakan juadah berbuka. Sudah pasti Makanan Malaysia!! so, tidak la terasa sangat bezanya berbuka puasa. Kalau mempunyai masa yang lebih, memang akan cube membuat kuih-muih untuk dibuat santapan ketika berbuka nanti. Apa yang pasti semua nya dalam keadaan sederhana.

Tapi, kadang-kala pembaziran tidak dapat dielakkan. aku memohon keampunan dari Allah dari kesilapan diri yang hina ini. Semoga Allah terima kemaafan dari kami.




Kalau dah namenye bulan Ramadhan tidak terlepas solat terawih. Solat terawih yang dilakukan sama sahaja di Malaysia. Pelajar di hostel ada yang membuat solat terawih di surau di hostel. Jadual imam bertugas disediakan.

 Bagi aku pula, aku bersolat di masjid yang berdekatan. Sedikit perbezaan dirasai kerana setiap 2 rakaat tidak diselangi dengan selawat seperti mana yang dilakukan di masjid di Malaysia. Setiap malam satu juzu. Dan solat sunat witir pula mereka buat 3 rakaat dengan 1 salam tidak seperti di Malaysia 3 rakaat 2 salam.

Sahur pula, pandai-pandai lah sendiri orang cakap hehe tahun ni aku cuba untuk bersahur. Dengan pertolongan rakan rumah (baca housemate), Insya Allah, dapat lah bersahur. hehe

Ok, habis, Adios, salam.

nota kaki:
1. Semoga Ramadhan kali ini bermakna dari Ramadhan yang sebelumnya
2. Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah
3. Ingatkan aku jika aku terlupa.

Wednesday, May 11, 2011

India Life 3: Lesen Motor

Assalamualaikum pemmbaca sekalian. cewah macam ramai je pembaca nye hehe. Tengok Followers kat sebelah tu, 10 orang jek. Tak apa lah, asal ada orang yang sudi membaca apa yang aku tulis kat blog tulis & conteng ni huhu.

Kali ini aku nak cerita sikit mengenai lesen india ni. Test ambil lesen yang paling senag dekat dunia. Comfirm, paling senang dekat dunia haha.

Aku mula naik skuter dekat india ni masa aku dah masuk tahun ke-2. Masa tahun pertama masih naik auto, ala beca india tu. Nak gerak kemana-mana senang sikit bila dah ada skuter ni.


(kedai yang menjual borang)


(mari belajar undang-undang jalan raya)


(macam nak masuk rumah hantu huhu)

Bila dah ada skuter, lesen mesti lah kene ada sekali kan. Nanti pakcik polis tahan mintak lesen, tak terketaq ke kepala lutut cakap tak ada haha

So kita orang plan la pergi ambil lesen india sebab malas nak banyak fikir untuk tukar lesen Malaysia jadi international license. Lagi pun pakcik polis dekat sini bukan pandai cakap bahasa omputeh pun. Buat pening je nanti kalau nak terangkan dekat die orang.

Kite orang mintak tolong dengan kolej. Suruh die orang aturkan semua, kite orang just ikut je. Macam biasa, mula-mula kene isi borang. Harga barang tak silap less than rs5. Kalau Rm kan dalam 20sen. Memang murah gile. lepas tu kene jumpa pakcik polis a.k.a JPJ. Mintak die sign borang tu. Masa nak mintak sign tu, pakcik tu akan tanya la sikit-sikit pasal undang-undang jalan raya seperti macam mana nak belok kiri bla bla bla.

Bila pakcik polis tu sign je, dapat la lesen L. Dalam seminggu baru dapat lesen L ni. Bila orang sini cakap 5min, selalunya kite orang akan darab 3. So kalau seminggu dalam 3 minggu la baru dapat.

Lepas sebulan, baru boleh test motor. Lesen motor dekat sini pulak terbahagi kepada 2 iaitu with gear and without gear. Aku ambil yang without gear la sebab aku bawak skuter je, bukan motor besaq2 haha






(bangunan JPJ lama, sekarang dah tukar ke bangunan baru)

Masa test pulak, kite orang kene bawak skuter sendiri untuk test. Siyes, kene bawak motor sendiri. Memang macam hampeh. Lepas tu die tak ada jalan raya yang untuk test tu, yang ada hanyalah tanah lapang . Kawasan lapang tu lah yang digunakan untuk test motor dan kereta. Just buat U turn and u got a driving license. Kalau nak tengok macam mana kite orang test motor, klik sini

Lepas sign dokumen sikit-sikit, dah dapat lesen. Memang senang nak dapat lesen. Tapi yang lecehnya kene berurusan dengan orang sini a.k.a tempe sebab die orang suke melengahkan kerja yang mudah. Kerja yang boleh siap 5min boleh jadi 2-3jam untuk siap. kene push baru buat kerja, kalau tak memang tak buat kerja.

Kalau nak cerita perangai tempe ni memang ambil satu entry tau. Tension.

Nanti aku ce cecite lagi pasal india ni ok.
Ok Adios huhu

Tuesday, May 3, 2011

India Life 2 : Pasar Ikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada lelaki yang beriman dan perempuan solehah.

Kali ini aku nak sambung sikit mengenai pasar ikan di tempat aku. Dekat mana tempat aku? Korang pergo google map, and then search la davangere, karnataka, india. Ya, india ok, aku sekarang sedang sambung belajar di negara yang terkenal dengan kisah cinta Shah jahan dan Mumtaz mahal. Cari la sendiri ya dimana davangere ini hehehe.

Masa kita orang mula-mula datang sini, kita orang tak tahu pun ada pasar ikan dekat area sini. So, kita orang makan ayam aje la, dan mengharapkan pakcik mess@dewan makan hostel menyediakan ikan. Kiranya, setahun jugak lah aku jarang nampak ikan, ketam, sotang dan udang. Kerang and kupang jangan haraplah, memang bayang pun tak nampak. Kalau nak makan sangat, pergilah Banglore, Bandar terdekat and syurga shopping haha kira macam KL la banglore ni. Perjalanan mengambil masa 5-6 jam. Tak kebas bontot haha

Di pendekkan cerita, semasa Hari Raya Aidil Fitri 2009, Davangere menjadi tuan rumah untuk menyambut perayaan ini. So, ramailah warganegara Malaysia yang ada dekat India ni berkumpul di Davangere. Dalam ramai-ramai tu, ada terselit 2 orang pekerja yang menguruskan lebuhraya di sini. Dia oranglah yang bercerita pasal pasar ikan ini. Dia selalu datang davangere ini sebab nak membeli seafood. Kita orang ni peliklah, sudah hampir setahun duduk davangere, kita orang tak pulak dengar pasal pasar ikan. Biasalah bila ramai orang sendiri di tempat asing, memang akan membuat perkampungan sendiri la. Memang jarang berbual dengan orang tempatan.

So, dengan information yang ada, aku pun menggagahkan  pagi ahad aku untuk pergi mencari pasar ikan. Pasar ikan ini hanya dibuka pada hari ahad, selasa dan jumaat kalau tak silap. Tapi hari ahad yang paling best sebab semua ikan fresh. Kiranya semua stok ikan sampai pagi ahad la.


ketam pun ada
sodap buat masak lemak




ikan sungai pun ada


macam-macam ikan ada
terasa macam dekat pasar ikan malaysia



nampak tak ikan apa tu?
ikan yu pun ada.


Sekarang ni, memang hampir setiap minggu akan pergi pasar. Memang akan jadi ruti mingguan dah. Beli untuk seminggu, kalau terlajak tidur, memang minggu tu akan makan ayam aje lah nampak nya. Harga lebih kurang je macam kat Malaysia. Ada yang mahal sikit, murah sikit. Ok lah kalau nak makan, tak ada lah setahun sekalu jumpe udang sotong semua huhu.

Ok, cukup lah pasal pasar kat india ni. Nanti aku cerita lagi pasal india life aku ok.

Salam, adios.

I LUV ISLAM

iluvislam

About This Blog

free counters