Showing posts with label surat khabar. Show all posts
Showing posts with label surat khabar. Show all posts

Wednesday, November 10, 2010

Berucap berapi-api, rupanya teks lapuk

WELLINGTON: Seorang menteri terpaksa menanggung malu besar kerana kesilapan tidak disengajakan ketika menyampaikan ucapan penuh bersemangat di Parlimen lewat kelmarin.
Yang nyata, ucapan itu dibacakan berdasarkan teks yang pernah disampaikan seorang menteri lain dua tahun lalu.

Menteri Imigresen, Jonathan Coleman (gambar) berucap selama 10 minit mengenai kebaikan Undang-Undang Cukai kerajaan dengan anggota Parlimen lain mula berpandangan sama sendiri.
Dalam suasana yang mirip drama komedi Inggeris, ‘Yes Minister,’ itu, Coleman hanya menyedari seorang kakitangan kerajaan dengan tidak sengaja memberikannya teks ucapan yang pernah disampaikan oleh Menteri Pendapatan Negara, Peter Dunne pada 2008, selepas habis membacanya. Dunne semalam berkata, kesilapan itu amat memalukan bagi ahli politik.

“Ia tidak sepatutnya berlaku dan tidak akan berlaku lagi,” katanya.

Coleman, yang nyata amat malu dengan peristiwa itu berkata, dia menyedari ada masalah dengan ucapan itu tetapi mengambil keputusan untuk meneruskannya.

“Tidak ada kejadian teruk yang berlaku, tidak ada orang yang mati kerananya. Tetapi ia menjadi pengajaran mengenai prosedur kerja,” katanya. - Agensi

Berita asal: Hmetro

Monday, November 8, 2010

Penjaga Kaabah meninggal dunia

MAKKAH: Penjaga kunci Baitullah, Sheikh Abdul- aziz Al-Sheibi (gambar), 82, meninggal dunia lewat kelmarin.
Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Maalla selepas disembahyangkan di Masjidil Haram.

Keluarga Al-Sheibi menjadi penjaga kunci Kaabah sejak zaman jahiliah lagi.
Ia diwarisi anggota tertua dalam keluarga itu dan tidak diturunkan daripada bapa kepada anak. Faktor usia menjadi asas utama dalam mewarisi tugas itu. Semua pemerintah Islam menghormati keluarga Sheikh Abdulaziz sebagai penjaga Kaabah dan kunci rumah Allah itu. Keluarga Al-Sheibi mempunyai pertalian darah dengan Sheiba bin Othman Abitalha yang hidup ketika zaman Nabi Muhammad (SAW) Mereka memegang jawatan berkenaan sejak zaman Qusay bin Kilab yang hidup sebelum Rasulullah (SAW). Sheikh Abdulaziz pula memegang jawatan itu sejak 16 tahun lalu. Terdapat 370 orang dalam keluarga Al-Sheibi ketika ini dan kebanyakan mereka tinggal di Makkah. Baitullah dicuci dua kali setahun iaitu pada pertengahan Syaaban dan pertengahan Zulqaedah, menggunakan air zamzam yang dicampur dengan air mawar bersama haruman Oud.

Sebelum ini, Kaabah dibuka tiga kali sebulan untuk orang ramai bersolat di dalamnya tetapi amalan itu dihentikan apabila terlalu ramai yang cuba memasukinya. Kunci Kaabah tidak berubah apabila pintunya ditukar, termasuk pintu yang terbaru, yang diperbuat daripada emas tulen. - Agensi

Berita asal: Hmetro

Pesanan Hati: Al-Fatihah....

Bayi mati dibasuh dengan baju kotor

BARTLESVILLE, (Oklahoma): Seorang bayi perempuan berusia 10 hari mati selepas dimasukkan dalam mesin basuh yang berputar.
Ibu bayi terbabit, Lyndsey Fiddler memasukkan bayinya bersama baju kotor ke dalam mesin basuh sebelum memulakan operasi membasuh. Bayi itu berada di dalam mesin basuh yang dipenuhi baju kotor selama 40 minit sebelum ditemui. Seorang anggota keluarga yang datang mengunjungi Lyndsey menemui wanita itu tidak sedarkan diri dan bayinya pula, Maggie May hilang.

Dia mendengar bunyi aneh daripada mesin basuh itu dan apabila membukanya, dia menemui tubuh Maggie yang sudah penyek bercampur dengan baju yang dibasuh. Kematian mengerikan di Bartlesville, Oklahoma itu menyebabkan petugas kecemasan dan anggota polis yang bergegas ke tempat kejadian menangis. - Agensi

Berita asal: Hmetro

Sunday, November 7, 2010

Remaja Saudi gembira dicerai

JIZAN: Seorang lelaki berusia 80 tahun yang menuntut semula bayaran hantaran perkahwinan sebanyak 17,000 riyal (RM13,971) sebelum menamatkan perkahwinan dengan isterinya yang berusia 14 tahun mendapatkan semula wang berkenaan, semalam selepas dibayar dermawan yang tidak mahu dikenali.
Ahmad Rahim berkata, dia akan mencari isteri muda yang lain selepas menceraikan Noura Shouan di mahkamah Sabiya di bandar Al-Kadami di Jizan.



Noura yang amat gembira selepas memperoleh semula kebebasannya memberitahu akhbar Saudi Gazatte dia diperdaya bapanya untuk ke sekolah di mana kontrak perkahwinan ditanda tangani tanpa pengetahuannya.
Menurutnya, dia tidak mahu berkahwin khususnya dengan orang tua sebaya datuknya. Dia amat tertekan sehinggalah nenek dan datuknya melaporkan kejadian yang menimpanya kepada pihak berkuasa. Ahmad berkata, dia tidak menipu Noura atau keluarganya dan perkahwinan itu diuruskan seorang rakan.

“Saya tidak meyembunyikan umur saya dan tidak rasa perbezaan usia menjadi masalah,” kata Ahmad.

Ahmad yang meminta maaf kerana jodoh mereka tidak panjang akan mencari isteri muda yang baru.

“Amat menyedihkan untuk hidup sendirian pada usia sebegini,” ujar Ahmad.

Bapa Noura berkata, dia tidak mampu membayar semula hantaran kahwin dan meminta bantuan seorang dermawan yang enggan dikenali untuk menyediakan wang berkenaan.

Kira-kira 100 kambing biri-biri yang diberikan Ahmad kepada bapa Noura sebagai sebahagian hantaran kahwin sudah pun dipulangkan.


Datuk Noura, Muhammad Atain pula berkata, dia dan beberapa anggota keluarga yang lain sudah berusaha untuk menghentikan perkahwinan itu. “Kami cuba sedaya-upaya untuk menghentikan kontrak perjanjian 17,000 riyal (RM13,971) dan 100 biri-biri yang diberikan sebagai pertukaran dengan Noura,” kata Muhammad.

Muhammad berterima kasih kepada pihak berkuasa terutama datuk bandar Kidmi yang membantu menyelesaikan masalah itu. - Agensi

Berita asal: hmetro

Thursday, November 4, 2010

Jakarta wajib ibu susu bayi hingga 6 bulan

JAKARTA: Indonesia meluluskan undang-undang baru yang mewajibkan semua ibu menyusui bayi mereka sepenuhnya bagi tempoh sekurang-kurangnya enam bulan pertama selepas bayi dilahirkan. 

Undang-undang yang akan berkuat kuasa awal tahun depan itu menetapkan mana-mana ibu yang enggan berbuat demikian akan didenda hingga 100 juta rupiah (RM35,200) dan setahun penjara.

Pegawai Kanan Kementerian Kesihatan, Tari Tritarayati, berkata undang-undang akan memperincikan bagi syarikat yang mempunyai kakitangan daripada ibu yang menyusui bayi perlu menyediakan kemudahan untuk menyusui anak mereka, memerah dan menyimpan susu.
Katanya, ini penting kerana Indonesia kerap dikritik dan didakwa tidak mengambil langkah sewajarnya untuk melindungi hak ibu menyusu yang bekerja. – Agensi 


nota hati: susu ibu juga yang terbaik.

I LUV ISLAM

iluvislam

About This Blog

free counters