Friday, April 29, 2011

Radio iluvislam

Salam. Wah bagus lah, laman web islamic yang disukai ramai, tak lain dan tak bukan iluvislam, sudah ada radio sendiri.

Sudah dengar belum? kalau belum, klik dekat sini, sini dan sini untuk dengar. Boleh menambahkan pilihan untuk mendengar radio online selain ikim.fm, nasyid.fm, hot.fm eh, terkantoi pulak haha.


(tq pakcik google)

Laman web ni memang terkenal. Kalau taj percaya, tengok lah newfeeds kat muka buku, ramai yang like or forward article dari laman web itu. Baguslah, semua article adalah article yang membina. Aku pun kadang-kadang kalau ada masa free, akan menjenguk article terbaru huhu.

Ok, adios.




Thursday, April 28, 2011

India Life 1 : Gunting rambut


Assalamualaikum...hohoho...terima kasih kepada semua pembaca setia (poyos giler haha)
Eh, ni post yang ke-3 la untuk minggu ni, Tak sangka pulak aku rajin mengupdate minggu ni haha...ingat nak seminggu sekali je, tapi ni dah msuk yang ke-3 dah, harap-harap berterusan lah kerajinan aku ni...Amin.

Aku nak bercerita sikit pasal 'india life' aku kat sini. So, aku buat satu persatu lah. Banyak gila aku nak cerita, kalau buat novel, boleh kalah Harry potter series yang 6 jilid tu. Eh, 6 ke 7 hah? haha aku pun tak sure, nampak sangat aku tak baca novel omputeh ni. Kalau novel jiwang-jiwang, I baca lah haha.

Kali ini aku nak cerita pasal gunting rambut kat negara ni, india la, dah aku belajar kat negara ini, tak kan aku nak bercerita pasal negara yang aku tak pernah pergi lagikan? hehe. Sebenarnya, sama je gunting rambut kat sini dengan Malaysia. Kalau zaman dolu-dolu kan, masa mak ayah kita muda-muda belia, kira zaman 80an la, kedai gunting mamak@india kat Malaysia, kira klasik gitu, suasana tu masih boleh jumpa lagi kat sini. Memang kalau orang-orang lama datang sini, memang akan terkenang lah zaman muda belia dia orang haha.

Harga untuk bergunting rambut ialah rs40, mahal tak? mahal lah, rs40. Kalau duit Malaysia dalam RM3. Haha, memang murah gila. Masa mula-mula dulu, agak payah lah jugak nak terangkan pada barber tu. Ia lah, masalah bahasa. Macam ayam dengan itik bercakap, dua-dua tak faham. Tapi sekarang, dah hampir 3 tahun aku duduk sini, dah senang dah. Aku datang kedai, terus duduk kat kerusi, pandai-pandai lah nak gunting macam mana, aku redha je haha malas nak terangkan, sebab tak kan dapat macam mana rambut yang diinginkan.

Bukan setakat tu je. Lepas siap semua pasal gunting rambut, barber akan offer head massage. Part ni yang best, susah nak jumpa dah kat Malaysia. Dia orang buat kepala kita macam gendang haha nak tengok tak? ni ada video. klik sini.

So, harga semua sekali, gunting rambut + massage ialah rs100. Murah kan? memang tak akan dapat kat Malaysia punya. Ok, tu je pasal gunting rambut ni, nanti ada cerita menarik pasal ni, aku update lain kali ok.

sekian, adios.



Tuesday, April 26, 2011

Soal Hati

Assalamualaikum kepada pembaca..kihkihkih..macam tak ada pembaca je. Tetapi bagi mereka yang sudi membaca, terima kasih daun keladi diucapkan.

Aku pun tak tahu kenapa, sejak akhir-akhir ni, perasaan lain macam je. Syaitan banyak kali cucuk suruh fikir negatif. Tapi aku cepat-cepat fikir positif balik. Kalau aku dah fikir negatif, habis semua perkara aku fikir negatif. Tapi yang paling aku fikir adalah pasal kawan-kawan aku. Dia orang lah selalu jadi mangsa fikiran negatif aku. Syaitan ni memang nak putuskan hubungan persaudaraan yang telah tersimpul rapi. Walaupun kekadang simpulan itu sedikit terungkai supaya ikatan yang lebih rapi dan ampuh boleh terbentuk.

Aku boleh cakap, aku ada beberapa orang rakan, kawan, sahabat (lelaki) yang aku kira rapat. Kiranya aku boleh cerita terbuka. Tak payah aku nak tapis-tapis, kalau melawak aku boleh cakap lepas je. Tapi aku tak tahu lah apa yang die orang fikir pasal aku. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

Pernah sekali aku merajuk dengan dia orang haha mesti korang fikir aku macam perempuan, sensitip i tau haha. Aku terasa bukan apa pun, benda kecik je. Ni kes aku fikir negatif la. Tak pasal-pasal dia orang jadi mangsa. Aku just fikir macam aku ni tak dihargai. Tapi bila difikirkan balik, siapa ak kan untuk dihargai? huhu *kesat air mata jap* ok sambung lagi cerita.

Kekadang nak gak aku dengar macam ni "fikri aku nak makan rumah kau, boleh masak lebih tak?" Tak ada lah perlu aku panggil. Dalam reramai, ada lah sorang 2 yg selalu datang rumah, lepak-lepak kat sini. Ada yang aku dah anggap ahli rumah ke-5. Sebab aku tinggal dekat luar, bukan dekat hostel. Aku tinggal dengan 3 orang rakan,kawan , sahabat, so total dalam rumah ni 4 orang lah, termasuk aku. Orang yang selalu lepak dekat rumah ni, aku panggil ahli rumah ke-5. Nanti ada masa aku cerita pasal rumah aku yang seksi ni haha.

Pernah juga aku terasa dengan sorang mamat ni. Sebab pun kecik je. Tapi memang dah perangai aku kan. aku merajuk lah. Lepas tu, aku terus cakap direct dengan dia. Aku cakap aku terasa dengan kau pasal bla bla bla. Harap dia tak ulang lah apa yang ak tak suka sebab dia dah tau perangai aku macam mana. Maaf je sahabat.

Lagi sorang, aku tak tahu lah dia marah aku or terasa dengan aku. Aku pun tak tahu. Sebab dah lama gak aku tak tegur, sms, or berbual dengan dia. Hampir 2 minggu rasanya. Aku kalau aku rasa orang tengah marah dengan aku, memang aku tak tegur sampai dia tegur balik. Ego? suka hati la apa yang korang nak cakap, memang macam ni perangai aku. Memang senyap je, aku nak tegur pun macam takut.

Minta maaf je rakan-rakan. Aku tahu perangai aku kadang-kadang membuatkan korang rasa tak selesa. Tapi ini lah aku. Mana yang salah, harap dibetulkan.

Sekian , adios.

p/s: eh ni pos ke2 la untuk minggu ni haha



Sunday, April 24, 2011

Pemalas Tahap Gaban

Assalamualikum semua, tak tahu la siapa semua tu, update blog pun malas, tak ada pembaca agaknya blog ciput ni haha

Tak tahu kenapa aku malas gila nak update blog ni, hangat-hangat tahi ayam je aku ni, awal-awal semangat, lepas tu setahun menghilang, lepas dapat semangat semula, cuma bertahan sebulan je, lepas tu memang malas gileeerrr tahap gaban nak update blog ciput ni..haih....tu yang 5 bulan tak update langsung.

Walaupun aku tak update blog ciput ni, tapi aku still buka setiap hari, mana lah tau ada secret admire kan haha fuhh memg perasan habis.

Perkara wajib aku chek setiap hari adalah blog kembar 3 ni, memang setiap hari aku chek, kadang-kadang sampai 3 kali sehari, bila baca en3 terbaru pasal kembar 3 ni rasa seronok, tak tahu kenapa, rasa dapat kepuasan haha...kadang-kadang boleh berangan mat jenin sekali sekejap.

Okey, aku dapat semangat baru, nak update blog, bukan setiap hari, paling kurang sekali seminggu..boleh macam tu? adeyh haha...

Banyak juga aku nak cerita pasal My 3rd Year Life Of Dental Student ni, penuh dengan kontroversi And gossip jeng jeng jeng haha

Ok, Adios.

I LUV ISLAM

iluvislam

About This Blog

free counters