Showing posts with label Risalah. Show all posts
Showing posts with label Risalah. Show all posts

Saturday, July 23, 2011

1 Hari 1 Negeri

Assalamualaikum wbt pembaca budiman.

Cuti aku sudah berakhir. Memori yang indah sudah terukir. Cuti yang pendek itu aku telah penuhi dengan aktiviti-aktviti yang menarik.

Cuti itu aku mulakan dengan program 1 hari 1 negeri. Pesertanya adalah aku seorang haha aku yang bagi nama program itu sebab aku berjalan dari johor sampai lah ke selangor.

Aku mulakan dengan berkunjung ke Johor (walaupun aku duduk johor). Lebih spesifik ke rumah Rasydan. Jimat duit aku sebab makan tengahari dan makan malam di sediakan oleh nenek Rasydan. Aku tidur satu malam di rumah abang hensem ni haha

Keesokannya, aku bergerak ke Melaka. Berjumpa dengan zul gediks haha. Dengan sari dan teh yang banyak, aku menaiki bus dari terminal larkin ke melaka sentral. Seksa akusekejap haha. Aktiviti tidak banyak di buat di melaka. Lebih kepada lepak-lepak sahaja di rumah.

Pada hari jumaat, selepas sembahyang jumaat, aku telah bergerak ke kajang. Lebih spesifik kerumah Azim. Sampai lebih kurang pukul 9 malam di rumah abang macho ni. Semalam aku menginap di rumah Azim.

Keesokannya, ayah Azim telah menghantar kami ke sepang untuk mengikuti Program Tautan Ukhuwwah 2011 di Nur Bukit Unggul, Sepang. Program berkenaan berlangsung selama 2 hari.

Pada hari ahad, aku telah bertolak ke seremban setelah tamat program. Sampai je di seremban, aku melepaskan gian A&W. Segelas besar root beer with ice cream @ float aku order haha Kepuasan menyelubungi diri cewah haha

Pada hari selasa baru lah aku bergerak pulang ke Kota Tinggi.

Dengan itu maka tamat lah perjalanan aku 1 Hari 1 Negeri yang di anjurkan oleh diri sendiri haha


Friday, July 22, 2011

Bila Balik Malaysia

Assalamualaikum wbt. Yang sudi membaca picisan ini. Sungguh. Aku menghargai. Sangat mengahargai.

Cuti aku sudah hampir ke penghujung. Cuti yang sangat-sangat la sedikit dan pendek. 2 minggu. Ya, hanya 2 minggu untuk cuti akhir tahun. Kalau nak di bandingkan dengan budak yang belajar di negara lain seperti UK dan US, memang sepertii langit dan bumi. Mereka di beri cuti paling kurang 2 bulan!!

Bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran di India, anda perlu bersedia dari segi mental dan fizikal. Perlu. Kekuatan mental dan fizikal yang membuatkan anda survive di india. Fikir la sebaik-baiknya sebelum memilih untuk melanjutkan pelajaran di India ye.

Tapi entry ni aku bukan nak bercerita pasal macam mana nak survive, tapi aku nak berkongsi sedikit pengalaman bila aku pulang ke tanah air, setahun sekali. Sedikit pengalaman yang ingin aku kongsikan.

Bila Di India : Ofcos la bila berurusan dengan bangsa die orang akan menggunakan bahasa ibunda die orang. Kalau dapat berurusan dengan english adalah sangat beruntung. Selalunya, die orang akan mixed english dengan kannada (bahasa di karnataka). So, die orang tak faham lah dengan bahasa kite which is malay kan. Apabila kite orang nak beli sesuatu ang harga nye sangat la mahal, kite orang tanpa segan silu akan cakap "mahal giler" dengan kuatnye haha tak pun kalau kualiti yang tak berapa nak elok, sure kite orang akan bebel menggunakan bahasa kita. Memang cakap lepas la orang cakap. Tapi...

Bila Balik Malaysia: "kak, berapa harga ni?"
                               "Rm15"
                               "ok (sambil senyum lagi)"

Tapi dalam hati confirm akan membebel, mahal la, kualiti tak bagus tapi harga mahal la and bla bla. So, bila balik Malaysia, mulut mesti kene jaga. Tak da la kat kedai nak cakap lepas. Cakap kene berlapis bila balik Malaysia. Silap haribulan boleh bergaduh dengan tokeh kedai bila kita mengutuk barang jualan mereka.

Selalunya, mulut ni masih boleh mengawal bila berurusan jual beli di Malaysia. Masih waras, walau tidak bebas.

Tapi, kadang-kadang ada juga tersasul. Selalu nya, instead of bahasa melayu, kite orang akan menggunakan english. Kadang-kadang tak perasan pun yang kite orang menggunakan english.

Pernah terjadi, rakan yang membeli popcorn ketika ingin menonton wayang menggunakan english. Bila ditegur baru perasan yang beliau menggunakan english haha Pengalaman begini memang lucu pabila di ingati.

Banyak lagi pengalaman yang lucu boleh dikenang. Tapi cukup la sekadar memori sendiri hehe

Ok, Habis, Adios, Salam



Friday, April 29, 2011

Radio iluvislam

Salam. Wah bagus lah, laman web islamic yang disukai ramai, tak lain dan tak bukan iluvislam, sudah ada radio sendiri.

Sudah dengar belum? kalau belum, klik dekat sini, sini dan sini untuk dengar. Boleh menambahkan pilihan untuk mendengar radio online selain ikim.fm, nasyid.fm, hot.fm eh, terkantoi pulak haha.


(tq pakcik google)

Laman web ni memang terkenal. Kalau taj percaya, tengok lah newfeeds kat muka buku, ramai yang like or forward article dari laman web itu. Baguslah, semua article adalah article yang membina. Aku pun kadang-kadang kalau ada masa free, akan menjenguk article terbaru huhu.

Ok, adios.




I LUV ISLAM

iluvislam

About This Blog

free counters