Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Tuesday, January 10, 2012

2012

Assalamualaikum wbt. pejam celik pejam celik, dah 10 januari, 10 hari dah berlalu untuk tahun ini, 2012, Ini bermakna hanya tinggal 356 yang tinggal untuk tahun ini. Pantas betul masa berlalu, sangat pantas.

Masa terus berlalu tanpa menoleh kebelakang. Rugi bagi kepada mereka yang lalai dan leka dengan arus dunia. Aku juga tidak terkecuali, bila aku fikir balik ape yang telah aku buat sepanjang tahun 2011? apa yang telah aku buat untuk membahagiakan kedua ibu bapa? ape yang telah aku buat untuk diri sendiri? adakah ianya bermanfaat? aduh, banyak betul yang sia-sia T__T

2011 juga banyak memberi suka dan duka. Banyak juga mengajar aku erti hidup. Iya lah, umur pun dah menginjak ke angka 24, nasib baik muka awet muda, macam 14 kan haha..*perasan*. Umur pun dah banyak, sepatutnya pengalaman pun dah banyak juga lakan, tak ada lah kat takuk yang lame kalau daya pemikiran tu. Bukan lebih baik sikit dari budak umur 4 tahun *tembus kat hati*

Semoga tahun 2012 ni lebih banyak mengajar erti hidup, lebih banyak memberi aku pengajaran yang bermakna. Bila umur dah menginjak ke angka 24 ni, aku dah rasa sudah masa untuk aku membuat perancangan hidup aku. Ya, aku faham..kita manusia hanya mampu perancangan, segala nya Allah yang terbaik memberi ketentuan untuk hambaNya ini.

Aku tak pernah ada azam. Bagi aku buat apa nak berazam bagai. Sebab nak berazam tak semestinya kene tunggu tahun baru..Bila-bila pun boleh nak berazam.. Mungkin sesetengah orang berazam pada tahun baru ni lebih ada semangat sikit. Tapi pada aku, tahun baru sama sahaja. Ianya satu angka yang berubah. Di sebabkan angka berubah, komitment dan tanggungjawab juga semakin bertambah. Bukan sekadar menjerit selamat tahun baru pada malam di ambang tahun baru.

Semoga tahun ini memberi aku 1001 pengalaman.

Ok, Salam, abis, adios.










Saturday, December 3, 2011

Aku Ingin Berubah.

Assalamualikum wbt.
Agak lama juga aku tak menulis kat blog ni. Pembaca pun tak ramai, jauh sekali kalau nak kejar rating kan. Ntah ke berapa juta ntah, ada aku kisah ke? langsung tak haha

Tengok tajuk pun macam ape ntah kan. Dah buang tebiat ke aku ni? tapi kalau buang tebiat pun, ape salah nye kan, kite pun tak tahu bila kita nak mati. Atles kalau aku dah tau bila ajal aku, boleh la aku bersedia. Tapi aku ni sama je macam korang, manusia biasa yang tak tahu bila malaikat Izrail datang menjemput nyawa aku tidak kurang atau lebih sesaat.

Sebenar nya, dah lame aku terfikir nak berubah. Sudah tentu berubah kepada kebaikan kan, celaka lah aku jika berubah kepada keburukan. Agak lama dah terfikir, tapi hasrat tu susah nak tercapai. Pada anggapan orang, mungkin aku ni baik kot, tapi sapa yang cakap macam tu, memang die orang masih tak kenal aku. Aku ni tak lah sebaik yang di sangkakan. Sape yang kenal bebtul mesti tau siapa aku yang sebenar. Bukan lah aku nak buka pekong di dada sendiri.

Kalau sekarang tak berubah, bila lagikan? umur semakin meningkat, bila-bila masa je malaikat maut boleh datang menjemput. Mungkin keinginan nak berubah ni hadir serba sedikit selepas pergi progran ISK (ini sejarah kita) seminggu yang lalu. Sebab nak melahirkan semula tamadun Islam yang gemilang, pokok pangkalnya bermula dari diri sendiri. Diri sendiri perlu mantap untuk melahirkan individual muslim yang berkualiti bukan pada kuantiti semata-mata.


Aku tahu ni aku ni jenis yang cakap celupar atau dengaan kata yang lain mulut celupar a.k.a laser kan. Memang jenis suka bercakap, bukan cakap yang berilmiah lah kan, cakap kosong semata. Pernah dulu terfikir untuk jadi pendiam, tapi tu semua hanyalah fikiran kosong aje lah. Ya, aku jadi pendiam!!! tapi untuk waktu hanya seminggu. Lame kan? haha Kalau aku jadi pendiam, susah pulak kan haha kalau nak bercakap tu, kene tahan-tahan. Boleh tu memang boleh, yang penting kene kurangkan bercakap yang kosong-kosong la, tambahkan perbualan berilmu, tak banyak sedikit pun jadi lah.

Satu lagi perangai aku yang pelik, aku suka dulukan kawan. kawan yang rapat la, yang tak tu, dari jauh ku pohon maaf lah kan. Ibu aku pun dah faham dengan perangai aku. Lelagi pasal duit or pertolongan, aku ni jenis yang tak kisah. Aku pernah terfikir untuk stop thinking about others, tapi sangat lah susah. Mungkin aku kene kurangkan kot berfikir pasal orang lain. Fikir untuk diri sendiri dulu. Maaf.

Maaf lah kepada sesiapa yang ak pernah sakit kan hati or buat sesiapa terasa. Aku dah banyak kali mintak maafkan? tapi still buat benda yang sama kan? Maaf sekali lagi.

Nota kaki:
1.tegur aku kalau aku dah keterlaluan.
2. nak cuba buat entry yang berilmiah sikit.

Thursday, November 3, 2011

5 Lelaki Botak Yang Paling Kacak!!!

Assalamualaikum wbt.

Eh, entri ke 2 la untuk hari ini hehe ada mase lebih sikt & tak tahu nak buat ape kan, baik buat benda yang berfaedah *berfaedah ke ni?*

Tadi mase bosan-bosan, aku google la pape yang aku rasa nak google. Last-last aku tanya la kat pakcik google, aku tanya macam ni

" wahai pakcik google, berikan aku 5 lelaki botak yang paling kacak didunia ini yang pernah wujud"

zaassss...

pakcik google senaraikan terus 5 orang lelaki tu. Ni senarai yang pakcik google beri:



5. bruce willis


 Mesti korang kenal die ni kan? Aku pun bukan kenal sangat haha yang aku tahu, die ni pelakaon utama dalam cerita susah mati (baca: die hard) 



4. Michael Jordan


Sape ni? bekas pemain bola bakul (baca: basketball) yang hebat. Hebat ke? ntah, bagi peminat NBA tahu la macam mana hebat nye si botak ni haha




3. Vin Diesel


Vin diesel? sape ni? macam van diesel je. Eh? same je bunyi nye haha bila aku tanye pakcik wiki pulak, die bagi tahu yang mamat ni adalah pelakon, penulis, pengarah  bla bla..



2.Wentworth Miller

What? pelakon utama cerita penjara pecah (baca: prison break) yang di gilai ramai wanita jatuh no 2? Ramai yang musykil dengan keputusan ni.

Mari kita tengok siapa lelaki botak yang paling kacak telah menewaskan 4 pencabar terdekat.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
*aku letak sebesar alam gambar pemenang lelaki botak yang paling kacak ni *   




Hahahahaha.

Ok, bye, Adios, Salam.

nota kaki:
1. entri secara suka-suka tanpa kene mengena dengan yang hidup mahu pun mati.
2. Segala keputusan adalah muktamad, segala surat menyurat tidak akan di layan haha.




Thursday, September 8, 2011

Belikan Boleh?

Assalamualaikum wbt.

Aku banyak betul barang yang nak aku beli. Semuanya kehendak, bukan keperluan. Kalau ikutkan nafsu, memang apa yang aku terfikri terus aku pergi bukak webside eBay.com haha

Bahaya betul kalau boleh beli online ni. Pulak tu, ad debit card yang membolehkan aku beli secara online. Nasib baik la debit card, kalau credit card? memang aku dah berhutang keliling pinggang dah ni haha

Susah betul nak kontrol kehendak ni, asyik ada je benda baru yang aku nak beli. Selalunya lepas membeli sesuata, akan berjanji tak akan beli lagi benda lain and nak kumpul duit haha Tapi janji hanya tinggal janji aje la ye haha

Ni antara barang yang aku nak sangat, kalau rasa sesape yang baik hati, boleh lah sedekah kan kat aku, tak pun beli besday prezen aku nanti haha

1. Smartphone


Aku pun tak tahu kenapa aku nak binatang ni. Sebab semua orang ada? sebab nampak moden? atau pape je la lagi haha kalau ada orang nak belikan BB 9900 ke, HTC sensation ke kan best kan kan haha 

Tapi bila aku fikir balik, rasa sayang duit je nak beli phone mahal-mahal, pastu jatuh. Rasa macam jantung sendiri yang jatuh. Nanti bila tiba masa, memang akan aku beli satu haha

2. Laptop


Ni pun binatang yang aku nak sangat. Dulu dah ada satu, beli before fly. Bila dah 2 kali rosak, memang aku bagi kat abang aku je. Bila dia guna, ok jer. Memang die nak cari tuan baru tu haha 

So, sekarang ni, aku guna pc second hand je la haha asal dapat online, men FB, hapdate blog, tengok muvi, jadi lah, aku ni bukan nya main game yang memerlukan spec haram jadah yang tinggi or mahal-mahal. Asal boleh guna je sudah, tapi kalau nak beli, nak tengok harge yang mahal je. Itu lah nafsu haha

3. Lens

Binatang ni pun aku nak beli. Bukan contact lens ok, tapi DSLR lens (betul ke aku tulis haha) Bila orang cakap, lens camera pun ad mempengaruhi gambar yang diambil jadi cantik, aku pun nak jugak beli haha Memang suka dengar cakap orang betul.


Dapat satu telephoto lens jadi lah. Ni belum beli boleh la cakap satu je. Kata orang beli lens ni sama je macam ketagih dadah, lepas beli satu, confirm yang ke-2 akan menyusul. Betul ke? tunggu dan lihat ok haha

Setakat ni, 3 benda ni je yang aku nak. Tapi tak tahu bila boleh dapat ketiga-tiga binatang ni. Kalau nak beli sekali gus, memang pengsan la, lepas bangun dari pengsan, makan pasir je, sebaba duit dah tak da nak beli makanan haha

Tapi antara ketiga-tiga barang ni, ada satu lagi benda  yang aku nak dapatkan, kalau tak dapat 3 barang ni, tapi dapat satu barang ni pun aku tak kisah, apw ek korang rasa
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Isteri yang solehah..auuww haha

OK, Bye, Adios, Salam

Saturday, September 3, 2011

Alhamdulillah!!!

Assalamualikum wbt muslimin dan muslimat semua hehe

Beberapa hari yang lalu atau lebih tepat pada 3 syawal india or 4 syawal Malaysia, result exam yang kami tunggu-tunggu akhir nya keluar jugak. Tak sangka result keluar hari itu sebab selalunya result 1st year keluar dulu baru di ikiuti oleh 3rd year and last but not least baru lah 2nd year.

Alhamdulillah, aku lepas dan dapat proceed ke 4th year. Sangat-sangat bersyukur sebab masa peperiksaan tempoh hari aku tidak dapat menjawab dengan baik. Aku fikir mesti kene repeat atleast 1 paper. Tapi Alhamdulilah, aku lepas ketiga-tiga subjek walaupun lepas paras hidung je hehe

Terima kasih Allah.






Tak Percaya Tak Apa


Semasa masih menunggu result, aku selalu juga cakap yang aku tak boleh jawab satu paper ni. Aku beranggapan mungkin aku akan repeat. Memang soalan susah, apa yang aku tulis memang semuanya merpek je. Aku boleh jawab long essay je, short essay dan short answers memang aku tak boleh jawab.

Lepas result keluar, aku pun beritahu pada sahabat-sahabat aku yang aku clear ketiga-tiga paper. Lepas tu dia orang cakap dah tak nak percaya lagi apa yang aku cakap lagi pasal result exam. Dia orang cakap, kata tak boleh buat lah, fail la, tapi bila result keluar, lepas semunya.

Sini aku tak nak back up balik, tapi terpulang la apa yang korang nak fikir. Tapi nak beritahu sikit pasal paper yang aku tak boleh buat tu. FYI, aku dapat 26 markah out of 70 untuk universiti exam tempoh hari. Memang tak sampai separuh pun, sangat-sangat la jauh untuk separuh.

Memag aku tak boleh jawab, sebab tu dapat markah ciput macam tu. Tapi disebabkan departmet tu sangat-sangat la baik, nak tolong pelajar mungkin, die orang bagi markah untuk viva sangat-sangat la tinggi. Aku dapat 17/20. Sangat tinggi ok, markah distinction tu. So total semua lepas campur markah viva and carry marks dapat la 50/100.  Cukup-cukup makan je. Kalau kurang satu markah lagi memang fail dah.

Terpulang la nak percaya atau tak. Ni just nak bagi tahu je. Tak marah or nak terasa hati pun. Mintak maaf kalau terasa ok hehe peace.

Hadiah Untuk Diri Sendiri


Setiap tahun, lepas result keluar dan lepas aku akan beli sesuatu untuk diri sendiri. So tahun ni, rsult dah keluar dan aku lepas, aku kene la beli sesuatu kan? hehe

Setiap tahun aku akan beli:

1. Tukar apron/lab coat baru.

Tahun ni rasa gatal pulak nak beli yang long sleeve hehe






2. Tukar spec baru. yeay

Kali ni aku nak beli yang lagi besar and lagi tebal. Nampak macam nerd sikit haha final year ni 8 subjek ok, memang pengsan nak baca semua huhu


Nazar

Memang setiap tahun, aku akan bernazar berpuasa 3 hari dan belanja orang makan. Tapi kali ini aku bernazar lain sikit. Aku tambah puasa 3 hari kepada 7 hari dan botakkan kepala. Aku memang sengaja tambahkan nazar sebab tempoh hari aku rasa nak lulus sangat lah susah and aku sangat-sangat berharap untuk lulus. 



Kalau aku ada rasa lulus tu, tak ada lah aku nak tambah kan nazar. Aku akan buat yang seperti tahun-tahun sebelumnya tapi disebabkan aku mengharapkan sesuatu yang agak susah untuk dapat, so kene lah mintak dengan Allah dan berjanji untuk buat sesuat sebagai balasan. Terima kasih Ya Allah.

Ok, adios, habis. salam.




Belum terlambat lagi kan??

Assalamualaikum wbt. Selamat hari raya. maaf zahir dan batin hehe apa la aku ni kan, dah nak masuk 5 syawal dah, baru nak buat entri pasal raya haha.

Eh, tak apa lah kan, raya kan sebulan, kalau orang Malaysia, raya sebulan setengah. Bila-bila pun boleh wish kan hehe cuma feel raya tu dah hilang bila kita wish lambat-lambat kan.

Masuk tahun ni, dah kali ke 3 aku beraya di perantauan. Memang setiap tahun la, aku raya lambat sehari sebab kat tempat aku, pose start lambat sehari, so raya pun kene lambat sehari kan. Orang kat Malaysia dah meriah sambut kedatangan syawal, kita orang kat sini masih bangun sahur nak berpuasa.

Puasa tahun ni yang paling best aku rasa sebab aku tak miss walau sehari untuk bersahur!! Rasa macam seronok je bangun pagi-pagi pastu makan. Lepas sembahyang subuh, wajib lah tidur balik haha bila sedar-sedar je dah lambat nak ke kelas. Boleh dikatakan aku lambat 5 min setiap hari untuk kekelas haha

Di kesempatan ini aku nak memohon ampun dan maaf kepada semua yang membaca blog ini. Mintak maaf kalau terasa hati dengan penulisan yang kadang-kadang sedikit menyindir. Halalkan ilmu yang dikongsi.
Semoga segala amala yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan yang lalu di terima oleh Allah swt. Amiinn..Semoga kita di beri peluang berkali-kali lagi untuk menemui Ramadhan yang akan datang.



SELAMAT HARI RAYA.
MAAF ZAHIR DAN BATIN


Di sini aku nak kongsi sikit sambutan hari raya di Davangere. Sederhana tapi meriah. Rata-rata memberi feedbacks yang agak memberangsang kan hehe 

ambil feel raya dengan main mercun haha 

 merewang

 rewang lagi

 dan lagi

 dan lagi

 sembahyang raya

 lagi di masjid

 bakar sate

 lagi

 memantau haha

 mengemas tempat makanan dihidangkan

ketika menjamu selera

 bersama junior 2011/2012

 makan

 Dental batch 2008/2009

 lagi

 dan lagi

 lagi lagi

nomnomnom

 sate

Ok, bye, salam

Sunday, July 31, 2011

Percayalah

Assalamualaikum wbt. Sihat tak semua, maksud aku, pembaca yang sudi menjengah ke blog picisan aku ni. Harap-harapnye semua dalam keadaan sihat walafiat la hendaknye.

Kelas pun dah bermula. Cuti yang ciput pun dah habis. Memang kene percaya lah yang aku ni sudah berada di bumi india ini untuk terus kan perjuangan. Harap perjuangan yang di redhai oleh Nya.

Walaupun keputusan peperiksaan tahun 3 masih belum keluar, kelas tahun 4 sudah berjalan seperti biasa. Ya. kelas sudah pun bermula. Ini lah India. Realiti. Sekiranya keputusan keluar, and dengan izin Allah, gagal, maka, anda hanya berhenti datang ke kelas. Dan sekiranya lepas, pergi ke kelas la anda seperti biasa. Tolong doakan ye harap aku lulus, cukup makan pun jadilah, asalkan dapat naik ke tahun 4. Insya'Allah.

Jadual Tahun 4 BDCH


percayalah, inilah jadual kite orang, senin sampai sabtu, 8 pagi sampai 4.30.

So bila dah semua balik dari bercuti, banyak lah cerita yang nak di ceritakan kan kan. Bila kelas cancel or lecterer lambat masuk, memang di isi kan dengan perkongsian cerita dan perbincangan. haha jangan silap, bukan pasal pelajaran tau, pasal ehwal semasa. Lebih-lebih lagi yang panas-panas gitu haha

Bila cerita punya cerita, keluar lah topic kawin tunang semua. Mana tak nya, cuti yang diberikan telah di ambil kesempatan oleh pelajar yang advanced umtuk mendirikan rumah tangga and bertunang. Ramai jugak yang sok sek pasal isu tunang. Mana tak nya, mereka ini telah bertunang secara senyap-senyap. Tup tup je dah tunang. Aku tahu sebab yang bertunang tu hosmate aku. Kalau aku tak tahu, memang runtuh lah rumah ini aku kerjakan haha

Lepas tu, ada yang sound aku. Die orang cakap kalau aku tunang senyap-senyap memang habis aku di kerjakan. Aku pun dengan selamba nya cakap yang aku confirm lambat lagi akan bertunang. Memang jauh lagi perjalanan ni. Pulak tu aku ni masih single. Dengan sapa pulak aku nak bertunang kan.

Lepas tu ada pulak suara yang tak caya aku ni masih single sebab die orang cakap aku selalu post status yang jiwang kat mukabuku. See? hari tu aku dah warning awal-awal dah kat mukabuku. Aku ada post yang bagi tahu yang semua post jiwang itu di tujukan kepada kawan-kawan lelaki. Bukan kepada perempuan ye. Tak pun, aku rasa ayat tu best. So, aku post la kat status aku huhu


So, disini saya ingin membuat pengakuan berani mati, bahawasanya, I STILL SINGLE. haha. Kalau ada yang berkenan, boleh lah luahkan kat email, mana lah tau boleh di konsiderkan haha

Ok, habis, adios salam.

Sunday, July 24, 2011

Detik-detik Akhir

Assalamualaikum wbt..

Terima kasih semua. Sungguh aku hargai kalian. Aku sungguh beruntung kerana masih diberi peluang untuk berjumpa, mengenali kalian. Ya, anda semua. Terima kasih yang membuatkan cuti aku bermakna. Pendek tapi penuh dengan manis semanis madu (",).

Terima Kasih kepada:

1. En Rosnin sekeluarga (Rasydan)- diatas layanan dan pengangkutan dari LCCT ke Johor. Tidak lupa penginapan yang diberikan ketika saya datang bertandang ke rumah.

2. Zulhilmi dan keluarga- diatas penginapan, pengangkutan yang diberikan ketika aku berkunjung ke melaka.

3. En Che Azmi sekeluarga (Azim)- juga yang sudi menerima saya sebagai tetamu. Layanan yang diberikan di akhiri dengan jutaan terima kasih.

4. Penganjur Program Tautan Ukhuwwah 2011.

5. Moksu Ayang sekeluarga.

6. Last but not least, My Lovely Family.

Segala jasamu akan ku kenang hehe Insya'Allah berjumpa lagi kita di akan datang, berjumpa dan berpisah kerana Allah.

Jumpa Lagi Malaysia, Insya'Allah lagi setahun.

Ok, habis, adios, salam.

Nota:
1.Kirim salam dengan lafaz Assalamualaikum kepada keluarga anda jika anda membaca post ini.
2. Doakan kejayaan saya dan rakan perjuangan.

Friday, July 15, 2011

Sangat Banyak

Assalamualaikum...

Apa yang sangat banyak ni? haih..ntah pape la ko ni fikri haha. Sebenarnye sangat banyak aku nak tulis kat sini, sangat banyak cerita yang aku nak kongsikan, sangat banyak rasa yang aku sedang pendamkan dan sangat banyak luahan yang aku ingin terjemahkan.

Tapi, sangat banyak juga masa yag aku perlukan untuk menulis. Bila masa yang banyak diperlukan, aku jadi malas, malas tahap gaban. haih, nanti sedikit masa lagi, akan aku coretkan . Sedikit demi sedikit, biar apa yag ingin aku sampai akan terlaksana.

Cuti yang sedikit ini akan aku simpulkan di entri akan datang. Cuti yang ciput, 2 minggu, cukup? ahhh...kalau bagi 2 tahun pun masih tak cukup. Syukur pada cuti yag diberikan walau kadag kala hati dan ulut bersatu memaki nista. Apa yang aku dapat? dosa!!! itu sudah pasti.. Semoga aku diberi kemaafan dari Yang Maha Agung.

Ok, Habis, Bye Adios, Salam.

nota:
1. update yang pertama dibulan 7 walaupun sudah setengah bulan.
2. ihsan internet dirumah azim, dapat aku updat seketika. Tidak lupa dirumah sahabat aku yang lain, dapat juga aku on9 seketika.
3. bermalam di rumah azim untuk ke program tautan ukhwah di bukit nur uggul, sepang.

Saturday, June 11, 2011

Exam Mood @ swing

Assalamulaikum semua pembaca tegar. Terima kasih yang sudi membaca. Eh dah tambah lagi sorang teman setia la haha kepada silent follower, terima kasih juga yang membaca. Nak buat ape kejar tema setia bebanyak kalau merekan tak membaca ape yang aku tulis, betul x? tapi kalau teman setia yang sikit ni, die orang baca ke? tettt...


1. Malas nak cakap banyak sebenarya. Ni pun curi-curi masa nak update, sebab final exan dah nak dekat ni, tinggal beberapa hari je lagi. Tapi banyak lagi yang tak habis baca. Apa yang penting? usaha dulu, betul x? huhu
Exam aku start 21hb 6 ni sampai 24hb 6. Ni exam teori je, practical tak keluar lagi. Pelikkan? biasa la india. Memang suka menyusahkan orang je, kalau announce awal, kan boleh booking tiket awal, dapat murah + jimat. Mohon doakan.


2. Yeah balik Malaysia. Lepas final exam ni mestilah balik Malaysia. Dah hampir setahun tak balik ni. Tapi sebelu balik mesti kene exam, tak best betul. Tapi yang penting, kurang sebulan aku nak balik Malaysia dah hehe kalau nak buat appointmet dengan aku, cakap awal-awal, boleh kite lepak sama-sama hehe


3. Nak luahkan perasaan sikit. Sikit je, nanti kalau banyak susah kalau terkantoi haha. Perasaan ni selalu datang bila aku duk sorang-sorang or masa nak exam macam ni. Yela, orang single, mesti kesunyian sikit hahaha..ok aku merepek, kepala swing sikit bila waktu exam macam ni. macam ni:


"Ni pasal kawan@teman@senior@sahabat. Suka hati lah yang mana satu korang anggap aku yang mana satu, aku tak kisah pun. Fine, aku selalu terasa dengan korang, kenapa? sebab aku nak kawan dengn korang. Kalau aku tak ada perasaan, memeng korang buat ape kat aku pun, aku akan buat dek je. Memang aku buat dunno je. Dulu pernah sorang ni cakap, perkara macam ni boleh merapat or tambah mengenali satu sama lain. Terima kasih lah yang fikir macam tu. Apa yang aku buat nak berkawan dengan korang? aku buat yang baik-baik je untuk korang. Aku cuba buat yang menyenangkan hati korang. Tak tahu lah korang sedar atau tidak. Tapi mana yang membuat korang rasa tak selesa, aku mintak maaf bebanyak la. Cuma lately aku rasa ada yang start berubah. Dah tak macam dulu masa mula-mula kenal. Aku tak tahu lah, memg 'korang' berubah or just my imagination n feelings.I think, i've done my part. Now it's up to you all. Tapi aku benci gila kalau korang berkawan dengan aku bersebab berkepentingan. Macam aman tu? korang fikir lah sendiri. Tapi aku tahu, memeg ada dikalangan korang yang berkawan dengan aku kerana Allah. Uhibbuka Fillah."


 "Semoga Allah mencintai kamu yang cinta kepadaku karenaNya."
 HR Abu Dawud 4/333 dan dihasankan al Albani dalam shahih Abu Dawud

Sori, terpanjang pulak..hehehe...

ok, habis.

Adios.

p/s: 1. Sape yang terasa, aku mintak maaf bebanyak. Mungkin aku tujukan kat ko, mungkin tidak.
       2. toksahlah buat spekulasi yang bukan-bukan ye..hehe..

Wednesday, May 11, 2011

India Life 3: Lesen Motor

Assalamualaikum pemmbaca sekalian. cewah macam ramai je pembaca nye hehe. Tengok Followers kat sebelah tu, 10 orang jek. Tak apa lah, asal ada orang yang sudi membaca apa yang aku tulis kat blog tulis & conteng ni huhu.

Kali ini aku nak cerita sikit mengenai lesen india ni. Test ambil lesen yang paling senag dekat dunia. Comfirm, paling senang dekat dunia haha.

Aku mula naik skuter dekat india ni masa aku dah masuk tahun ke-2. Masa tahun pertama masih naik auto, ala beca india tu. Nak gerak kemana-mana senang sikit bila dah ada skuter ni.


(kedai yang menjual borang)


(mari belajar undang-undang jalan raya)


(macam nak masuk rumah hantu huhu)

Bila dah ada skuter, lesen mesti lah kene ada sekali kan. Nanti pakcik polis tahan mintak lesen, tak terketaq ke kepala lutut cakap tak ada haha

So kita orang plan la pergi ambil lesen india sebab malas nak banyak fikir untuk tukar lesen Malaysia jadi international license. Lagi pun pakcik polis dekat sini bukan pandai cakap bahasa omputeh pun. Buat pening je nanti kalau nak terangkan dekat die orang.

Kite orang mintak tolong dengan kolej. Suruh die orang aturkan semua, kite orang just ikut je. Macam biasa, mula-mula kene isi borang. Harga barang tak silap less than rs5. Kalau Rm kan dalam 20sen. Memang murah gile. lepas tu kene jumpa pakcik polis a.k.a JPJ. Mintak die sign borang tu. Masa nak mintak sign tu, pakcik tu akan tanya la sikit-sikit pasal undang-undang jalan raya seperti macam mana nak belok kiri bla bla bla.

Bila pakcik polis tu sign je, dapat la lesen L. Dalam seminggu baru dapat lesen L ni. Bila orang sini cakap 5min, selalunya kite orang akan darab 3. So kalau seminggu dalam 3 minggu la baru dapat.

Lepas sebulan, baru boleh test motor. Lesen motor dekat sini pulak terbahagi kepada 2 iaitu with gear and without gear. Aku ambil yang without gear la sebab aku bawak skuter je, bukan motor besaq2 haha






(bangunan JPJ lama, sekarang dah tukar ke bangunan baru)

Masa test pulak, kite orang kene bawak skuter sendiri untuk test. Siyes, kene bawak motor sendiri. Memang macam hampeh. Lepas tu die tak ada jalan raya yang untuk test tu, yang ada hanyalah tanah lapang . Kawasan lapang tu lah yang digunakan untuk test motor dan kereta. Just buat U turn and u got a driving license. Kalau nak tengok macam mana kite orang test motor, klik sini

Lepas sign dokumen sikit-sikit, dah dapat lesen. Memang senang nak dapat lesen. Tapi yang lecehnya kene berurusan dengan orang sini a.k.a tempe sebab die orang suke melengahkan kerja yang mudah. Kerja yang boleh siap 5min boleh jadi 2-3jam untuk siap. kene push baru buat kerja, kalau tak memang tak buat kerja.

Kalau nak cerita perangai tempe ni memang ambil satu entry tau. Tension.

Nanti aku ce cecite lagi pasal india ni ok.
Ok Adios huhu

Tuesday, May 3, 2011

India Life 2 : Pasar Ikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada lelaki yang beriman dan perempuan solehah.

Kali ini aku nak sambung sikit mengenai pasar ikan di tempat aku. Dekat mana tempat aku? Korang pergo google map, and then search la davangere, karnataka, india. Ya, india ok, aku sekarang sedang sambung belajar di negara yang terkenal dengan kisah cinta Shah jahan dan Mumtaz mahal. Cari la sendiri ya dimana davangere ini hehehe.

Masa kita orang mula-mula datang sini, kita orang tak tahu pun ada pasar ikan dekat area sini. So, kita orang makan ayam aje la, dan mengharapkan pakcik mess@dewan makan hostel menyediakan ikan. Kiranya, setahun jugak lah aku jarang nampak ikan, ketam, sotang dan udang. Kerang and kupang jangan haraplah, memang bayang pun tak nampak. Kalau nak makan sangat, pergilah Banglore, Bandar terdekat and syurga shopping haha kira macam KL la banglore ni. Perjalanan mengambil masa 5-6 jam. Tak kebas bontot haha

Di pendekkan cerita, semasa Hari Raya Aidil Fitri 2009, Davangere menjadi tuan rumah untuk menyambut perayaan ini. So, ramailah warganegara Malaysia yang ada dekat India ni berkumpul di Davangere. Dalam ramai-ramai tu, ada terselit 2 orang pekerja yang menguruskan lebuhraya di sini. Dia oranglah yang bercerita pasal pasar ikan ini. Dia selalu datang davangere ini sebab nak membeli seafood. Kita orang ni peliklah, sudah hampir setahun duduk davangere, kita orang tak pulak dengar pasal pasar ikan. Biasalah bila ramai orang sendiri di tempat asing, memang akan membuat perkampungan sendiri la. Memang jarang berbual dengan orang tempatan.

So, dengan information yang ada, aku pun menggagahkan  pagi ahad aku untuk pergi mencari pasar ikan. Pasar ikan ini hanya dibuka pada hari ahad, selasa dan jumaat kalau tak silap. Tapi hari ahad yang paling best sebab semua ikan fresh. Kiranya semua stok ikan sampai pagi ahad la.


ketam pun ada
sodap buat masak lemak




ikan sungai pun ada


macam-macam ikan ada
terasa macam dekat pasar ikan malaysia



nampak tak ikan apa tu?
ikan yu pun ada.


Sekarang ni, memang hampir setiap minggu akan pergi pasar. Memang akan jadi ruti mingguan dah. Beli untuk seminggu, kalau terlajak tidur, memang minggu tu akan makan ayam aje lah nampak nya. Harga lebih kurang je macam kat Malaysia. Ada yang mahal sikit, murah sikit. Ok lah kalau nak makan, tak ada lah setahun sekalu jumpe udang sotong semua huhu.

Ok, cukup lah pasal pasar kat india ni. Nanti aku cerita lagi pasal india life aku ok.

Salam, adios.

Tuesday, April 26, 2011

Soal Hati

Assalamualaikum kepada pembaca..kihkihkih..macam tak ada pembaca je. Tetapi bagi mereka yang sudi membaca, terima kasih daun keladi diucapkan.

Aku pun tak tahu kenapa, sejak akhir-akhir ni, perasaan lain macam je. Syaitan banyak kali cucuk suruh fikir negatif. Tapi aku cepat-cepat fikir positif balik. Kalau aku dah fikir negatif, habis semua perkara aku fikir negatif. Tapi yang paling aku fikir adalah pasal kawan-kawan aku. Dia orang lah selalu jadi mangsa fikiran negatif aku. Syaitan ni memang nak putuskan hubungan persaudaraan yang telah tersimpul rapi. Walaupun kekadang simpulan itu sedikit terungkai supaya ikatan yang lebih rapi dan ampuh boleh terbentuk.

Aku boleh cakap, aku ada beberapa orang rakan, kawan, sahabat (lelaki) yang aku kira rapat. Kiranya aku boleh cerita terbuka. Tak payah aku nak tapis-tapis, kalau melawak aku boleh cakap lepas je. Tapi aku tak tahu lah apa yang die orang fikir pasal aku. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

Pernah sekali aku merajuk dengan dia orang haha mesti korang fikir aku macam perempuan, sensitip i tau haha. Aku terasa bukan apa pun, benda kecik je. Ni kes aku fikir negatif la. Tak pasal-pasal dia orang jadi mangsa. Aku just fikir macam aku ni tak dihargai. Tapi bila difikirkan balik, siapa ak kan untuk dihargai? huhu *kesat air mata jap* ok sambung lagi cerita.

Kekadang nak gak aku dengar macam ni "fikri aku nak makan rumah kau, boleh masak lebih tak?" Tak ada lah perlu aku panggil. Dalam reramai, ada lah sorang 2 yg selalu datang rumah, lepak-lepak kat sini. Ada yang aku dah anggap ahli rumah ke-5. Sebab aku tinggal dekat luar, bukan dekat hostel. Aku tinggal dengan 3 orang rakan,kawan , sahabat, so total dalam rumah ni 4 orang lah, termasuk aku. Orang yang selalu lepak dekat rumah ni, aku panggil ahli rumah ke-5. Nanti ada masa aku cerita pasal rumah aku yang seksi ni haha.

Pernah juga aku terasa dengan sorang mamat ni. Sebab pun kecik je. Tapi memang dah perangai aku kan. aku merajuk lah. Lepas tu, aku terus cakap direct dengan dia. Aku cakap aku terasa dengan kau pasal bla bla bla. Harap dia tak ulang lah apa yang ak tak suka sebab dia dah tau perangai aku macam mana. Maaf je sahabat.

Lagi sorang, aku tak tahu lah dia marah aku or terasa dengan aku. Aku pun tak tahu. Sebab dah lama gak aku tak tegur, sms, or berbual dengan dia. Hampir 2 minggu rasanya. Aku kalau aku rasa orang tengah marah dengan aku, memang aku tak tegur sampai dia tegur balik. Ego? suka hati la apa yang korang nak cakap, memang macam ni perangai aku. Memang senyap je, aku nak tegur pun macam takut.

Minta maaf je rakan-rakan. Aku tahu perangai aku kadang-kadang membuatkan korang rasa tak selesa. Tapi ini lah aku. Mana yang salah, harap dibetulkan.

Sekian , adios.

p/s: eh ni pos ke2 la untuk minggu ni haha



I LUV ISLAM

iluvislam

About This Blog

free counters