Sunday, August 7, 2011

India Life 4: Ramadhan

Assalamualaikumwbt. Salam Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan penuh keberkatan.

Pejam celik pejam celik, kita sudah berada di dalam bulan Ramadhan. Aku rasa baru je sambut raya tahun lepas, tup tup dah puasa balik. Alhamdulillah Allah telah beri kesempatan kepada hamba yang kerdil ini untuk merasai nikmat untuk berada didalam bulan Ramadhan sekali lagi. Mungkin ini adalah yang terakhir, maka marilah kita bersama-sama manfaatkan sepenuhnya Insya Allah.

5.8.2011. Tarikh ulang tahun ke 3 kami, batch 2008, berada di india. Insya Allah ada lagi berbaki 2-2 1/2 tahun lagi untuk di lalui. Aku rasa macam sekejap je lagi untuk menghabiskan pengajian di sini. Dan aku pasti akan merindui suasan di sini. Ya, aku pasti, tiada ragu.

So, dah hampir 4 kali aku berpuasa di perantauan termasuk kali ini. Maka sudah 4 kali juga lah tidak dapat bersahur dan berbuka puasa bersama keluarga tersayang. Insya Allah, dimasa akan datang dapat lagi saya diberi peluang untuk merasai disamping keluarga tersayang dan mungkin juga insan tersayang ehem ehem..hehe

Berpuasa disini tidak lah banyak berbeza dengan berpuasa di Malaysia. Namanye pun berpuasa, menahan diri dari melakukan yang membatalkan puasa, so, sama je.

Tapi, memang di akui berpuasa di Malaysia memg meriah. Meriah dengan Bazar Ramadhan, belum lagi dengan bazar yang menjual kelengkapan untuk menyambut kedatangan Syawal. Walaupun pose pun belum, iklan raya memg sudah berlamabak-lambak dipasaran. Semoga suatu hari fenomena ini akan berubah.

Dekat sini? memang tidak ada bazar Ramadhan. Bagi siapa yang duduk di hostel, memang makanan untuk berbuka memang di sediakan tapi kadang-kala tidak mengikut jadual. Makanan disediakan lewat dari masa yang diberitahu.

Bagi saya pula yang menetap luar asrama, menyediakan makanan sendiri. Yup, memg setiap hari, mengikut giliran masing-masing kami menyediakan juadah berbuka. Sudah pasti Makanan Malaysia!! so, tidak la terasa sangat bezanya berbuka puasa. Kalau mempunyai masa yang lebih, memang akan cube membuat kuih-muih untuk dibuat santapan ketika berbuka nanti. Apa yang pasti semua nya dalam keadaan sederhana.

Tapi, kadang-kala pembaziran tidak dapat dielakkan. aku memohon keampunan dari Allah dari kesilapan diri yang hina ini. Semoga Allah terima kemaafan dari kami.




Kalau dah namenye bulan Ramadhan tidak terlepas solat terawih. Solat terawih yang dilakukan sama sahaja di Malaysia. Pelajar di hostel ada yang membuat solat terawih di surau di hostel. Jadual imam bertugas disediakan.

 Bagi aku pula, aku bersolat di masjid yang berdekatan. Sedikit perbezaan dirasai kerana setiap 2 rakaat tidak diselangi dengan selawat seperti mana yang dilakukan di masjid di Malaysia. Setiap malam satu juzu. Dan solat sunat witir pula mereka buat 3 rakaat dengan 1 salam tidak seperti di Malaysia 3 rakaat 2 salam.

Sahur pula, pandai-pandai lah sendiri orang cakap hehe tahun ni aku cuba untuk bersahur. Dengan pertolongan rakan rumah (baca housemate), Insya Allah, dapat lah bersahur. hehe

Ok, habis, Adios, salam.

nota kaki:
1. Semoga Ramadhan kali ini bermakna dari Ramadhan yang sebelumnya
2. Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah
3. Ingatkan aku jika aku terlupa.

Tuesday, August 2, 2011

WW 1: Journey



On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.



Monday, August 1, 2011

Travelog Ramadhan

Assalamualaikum wbt. Bulan syaaban bakal melabuhkan tirainya. Rasa hanya sebentar sahaja di bulan Rasulullah ini. Aku rasa hanya baru semalam sahaja aku melangkah dalam bulan syaaban ini.

Masa terus berlalu. Berlalu dan terus berlalu. Rugi lah bagi mereka yang alpa dan leka dan beruntunglah bagi mereka yang terus mencari keredhaan Allah tanpa lelah dan jemu. Semoga aku tergolong dalam golongan yang terus mencari keredhaan Allah. Amin.

Berlalu syaaban, maka Ramadhan menunggu. Menunggu untuk melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada makhluk yang mencari hidayah Allah. Sebentar lagi, muncul lah Ramadhan. Aku berdoa agar kemanisan Ramadhan kali ini dapat aku rasai. Sungguh. Aku mengharapkan semua kemanisan dapat aku rasai pada Ramadhan kali ini.

Beberapa hari yang lalu, aku telah menghabiskan pembacaan. Membaca berkaitan bulan Ramadhan. Melalui pembacaan membuatkan aku merasa sungguh teruja dan tidak sabar untuk menanti ketibaan Ramadhan. Aku sungguh iri hati dengan penduduk Malaysia. Bukan kerana apa, sebab merekan terlebih dahulu merasai kemanisan itu. Aku berharap dapatlah aku berjumpa dengan Ramadhan kali ini.


Buku karya Sheikh Syahrul Nizam Junaini. Menyingkap tabir hamba dan pencipta.

Buku Travelog Ramadhan ini sungguh ringkas dan ringan untuk membuat pembacaan. Ia sungguh padat dan mudah di fahami. Sungguh aku kesal kerana tidak membeli buku lain berkaitan Ramadhan. Membaca buku ini membuat kan aku ingin membuat yang terbaik untuk Ramadhan yang bakal tiba.

Sungguh aku kesal kan. Kerana aku tidak membuat persediaan terlebih awal untun menyambut kedatangan Ramadhan. Aku tidak pernah membuat persediaan seperti membuat persediaan ketibaan Syawal. Bulan yang penuh barakah ini aku tidak membuat persediaan untuk menyambut kedatangan nya.

Di harap, Ramadhan yang bakal tiba ini menjadi ramadhan yang bermakna buat diri saya dan pembaca sekalian. Mari merebut peluang yang Allah berikan kepad kita kerana mempertemu kita sekali lagi dengan Ramadhan dengan banyak kan amalan di bulan Ramadhan. Selalu kita buat 2 perkara, maka didalam bulan ini marilah kita gandakan dengan membuat 4 perkara. Apa perkara itu? pembac tentukan sendiri apa yang mampu dibuat dengan kemampuan pembaca sendiri.

Marilah kita tingkatkan amalan kita. Jadikan Ramadhan kali ini adlah Ramadahan kita yang terakhir. Sebab kita belum tentu masih bernafas untuk bertemu Ramadhan yang akan datang.




Selamat menghadapi bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Insya'Allah.

Aku nak minta maaf kepada semua sekiranya aku ada membuat salah dan silap. Semoga amalan kita diterima oleh Allah, Insya'Allah.

Salam Ramadhan.

I LUV ISLAM

iluvislam

About This Blog

free counters