Friday, July 22, 2011

Bila Balik Malaysia

Assalamualaikum wbt. Yang sudi membaca picisan ini. Sungguh. Aku menghargai. Sangat mengahargai.

Cuti aku sudah hampir ke penghujung. Cuti yang sangat-sangat la sedikit dan pendek. 2 minggu. Ya, hanya 2 minggu untuk cuti akhir tahun. Kalau nak di bandingkan dengan budak yang belajar di negara lain seperti UK dan US, memang sepertii langit dan bumi. Mereka di beri cuti paling kurang 2 bulan!!

Bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran di India, anda perlu bersedia dari segi mental dan fizikal. Perlu. Kekuatan mental dan fizikal yang membuatkan anda survive di india. Fikir la sebaik-baiknya sebelum memilih untuk melanjutkan pelajaran di India ye.

Tapi entry ni aku bukan nak bercerita pasal macam mana nak survive, tapi aku nak berkongsi sedikit pengalaman bila aku pulang ke tanah air, setahun sekali. Sedikit pengalaman yang ingin aku kongsikan.

Bila Di India : Ofcos la bila berurusan dengan bangsa die orang akan menggunakan bahasa ibunda die orang. Kalau dapat berurusan dengan english adalah sangat beruntung. Selalunya, die orang akan mixed english dengan kannada (bahasa di karnataka). So, die orang tak faham lah dengan bahasa kite which is malay kan. Apabila kite orang nak beli sesuatu ang harga nye sangat la mahal, kite orang tanpa segan silu akan cakap "mahal giler" dengan kuatnye haha tak pun kalau kualiti yang tak berapa nak elok, sure kite orang akan bebel menggunakan bahasa kita. Memang cakap lepas la orang cakap. Tapi...

Bila Balik Malaysia: "kak, berapa harga ni?"
                               "Rm15"
                               "ok (sambil senyum lagi)"

Tapi dalam hati confirm akan membebel, mahal la, kualiti tak bagus tapi harga mahal la and bla bla. So, bila balik Malaysia, mulut mesti kene jaga. Tak da la kat kedai nak cakap lepas. Cakap kene berlapis bila balik Malaysia. Silap haribulan boleh bergaduh dengan tokeh kedai bila kita mengutuk barang jualan mereka.

Selalunya, mulut ni masih boleh mengawal bila berurusan jual beli di Malaysia. Masih waras, walau tidak bebas.

Tapi, kadang-kadang ada juga tersasul. Selalu nya, instead of bahasa melayu, kite orang akan menggunakan english. Kadang-kadang tak perasan pun yang kite orang menggunakan english.

Pernah terjadi, rakan yang membeli popcorn ketika ingin menonton wayang menggunakan english. Bila ditegur baru perasan yang beliau menggunakan english haha Pengalaman begini memang lucu pabila di ingati.

Banyak lagi pengalaman yang lucu boleh dikenang. Tapi cukup la sekadar memori sendiri hehe

Ok, Habis, Adios, Salam



No comments:

Post a Comment

I LUV ISLAM

iluvislam

About This Blog

free counters