Saturday, July 23, 2011

1 Hari 1 Negeri

Assalamualaikum wbt pembaca budiman.

Cuti aku sudah berakhir. Memori yang indah sudah terukir. Cuti yang pendek itu aku telah penuhi dengan aktiviti-aktviti yang menarik.

Cuti itu aku mulakan dengan program 1 hari 1 negeri. Pesertanya adalah aku seorang haha aku yang bagi nama program itu sebab aku berjalan dari johor sampai lah ke selangor.

Aku mulakan dengan berkunjung ke Johor (walaupun aku duduk johor). Lebih spesifik ke rumah Rasydan. Jimat duit aku sebab makan tengahari dan makan malam di sediakan oleh nenek Rasydan. Aku tidur satu malam di rumah abang hensem ni haha

Keesokannya, aku bergerak ke Melaka. Berjumpa dengan zul gediks haha. Dengan sari dan teh yang banyak, aku menaiki bus dari terminal larkin ke melaka sentral. Seksa akusekejap haha. Aktiviti tidak banyak di buat di melaka. Lebih kepada lepak-lepak sahaja di rumah.

Pada hari jumaat, selepas sembahyang jumaat, aku telah bergerak ke kajang. Lebih spesifik kerumah Azim. Sampai lebih kurang pukul 9 malam di rumah abang macho ni. Semalam aku menginap di rumah Azim.

Keesokannya, ayah Azim telah menghantar kami ke sepang untuk mengikuti Program Tautan Ukhuwwah 2011 di Nur Bukit Unggul, Sepang. Program berkenaan berlangsung selama 2 hari.

Pada hari ahad, aku telah bertolak ke seremban setelah tamat program. Sampai je di seremban, aku melepaskan gian A&W. Segelas besar root beer with ice cream @ float aku order haha Kepuasan menyelubungi diri cewah haha

Pada hari selasa baru lah aku bergerak pulang ke Kota Tinggi.

Dengan itu maka tamat lah perjalanan aku 1 Hari 1 Negeri yang di anjurkan oleh diri sendiri haha


No comments:

Post a Comment

I LUV ISLAM

iluvislam

About This Blog

free counters