Sunday, November 7, 2010

Remaja Saudi gembira dicerai

JIZAN: Seorang lelaki berusia 80 tahun yang menuntut semula bayaran hantaran perkahwinan sebanyak 17,000 riyal (RM13,971) sebelum menamatkan perkahwinan dengan isterinya yang berusia 14 tahun mendapatkan semula wang berkenaan, semalam selepas dibayar dermawan yang tidak mahu dikenali.
Ahmad Rahim berkata, dia akan mencari isteri muda yang lain selepas menceraikan Noura Shouan di mahkamah Sabiya di bandar Al-Kadami di Jizan.



Noura yang amat gembira selepas memperoleh semula kebebasannya memberitahu akhbar Saudi Gazatte dia diperdaya bapanya untuk ke sekolah di mana kontrak perkahwinan ditanda tangani tanpa pengetahuannya.
Menurutnya, dia tidak mahu berkahwin khususnya dengan orang tua sebaya datuknya. Dia amat tertekan sehinggalah nenek dan datuknya melaporkan kejadian yang menimpanya kepada pihak berkuasa. Ahmad berkata, dia tidak menipu Noura atau keluarganya dan perkahwinan itu diuruskan seorang rakan.

“Saya tidak meyembunyikan umur saya dan tidak rasa perbezaan usia menjadi masalah,” kata Ahmad.

Ahmad yang meminta maaf kerana jodoh mereka tidak panjang akan mencari isteri muda yang baru.

“Amat menyedihkan untuk hidup sendirian pada usia sebegini,” ujar Ahmad.

Bapa Noura berkata, dia tidak mampu membayar semula hantaran kahwin dan meminta bantuan seorang dermawan yang enggan dikenali untuk menyediakan wang berkenaan.

Kira-kira 100 kambing biri-biri yang diberikan Ahmad kepada bapa Noura sebagai sebahagian hantaran kahwin sudah pun dipulangkan.


Datuk Noura, Muhammad Atain pula berkata, dia dan beberapa anggota keluarga yang lain sudah berusaha untuk menghentikan perkahwinan itu. “Kami cuba sedaya-upaya untuk menghentikan kontrak perjanjian 17,000 riyal (RM13,971) dan 100 biri-biri yang diberikan sebagai pertukaran dengan Noura,” kata Muhammad.

Muhammad berterima kasih kepada pihak berkuasa terutama datuk bandar Kidmi yang membantu menyelesaikan masalah itu. - Agensi

Berita asal: hmetro

No comments:

Post a Comment

I LUV ISLAM

iluvislam

About This Blog

free counters