Friday, November 12, 2010

Maafkan aku, kerana inilah aku...

Maaf. Sedih. Penat.
Tidak ada perkataan yang boleh aku jelaskan dengan keaadaan sekarang. Hiba. Sedih.
Ya, memang sedih dan pilu. Seorang sahabat yang sama-sama datang ke bumi asing ini untuk menuntut ilmu, namun tidak diberi keizinan olehNya untuk teruskan perjuangan ini. Sabar. Insaf. Kerana setiap yang hidup itu pasti merasai mati.

Tapi, yang masih hidup ini, pasti meneruskan hidup. Dan hidup ini pasti tidak akan berguna jika tidak di bajai dengan amal dan takwa.

Sebentar lagi, apa yang ingin aku coretkan hanyalah sekadar picisan perasaan seorang lelaki yang tidak mungkin mempunyai hayat yang kekal abadi.

Maafkan aku,
Muhammad Akmal Shahiran,
aku tahu, kita tidak pernah mengenali hati budi, kita hanya mengenali selama 2 bulan lebih, tapi apa yang aku pasti, kau adalah seorang KAWAN YANG SEJATI. Aku tahu picisan sampah ini tidak bermakna lagi buat diri kau. Tapi aku merasa lebih tenang dan tenteram.

Maafkan aku,
Muhammad Akmal Shahiran,
Aku berasa terkilan. Terkilan tidak dapat mengenali dirimu lebih dekat kerana aku pasti kau adalah seorang sahabat sejati. Aku juga agak terkilan ketika kau bertandang ke rumah aku tempoh hari, aku tidak mampu melayan kau sepenuh hati. Ya, itu kali pertama dan terakhir kau datang kemari. Maafkan aku jika apa yang aku hidangkan tidak mampu memuaskan hatimu.

Maafkan aku,
Muhammad Akmal Shahiran,
Sedih melihat gambar mu di facebook. Senyuman manis mekar dibibirmu. Tapi, Bila kau tinggalkan kami, Hanya pandangan sepi yang kau beri kepada kami. ketika aku melihat kau, Syahdu didalam hati.

Tapi apakan daya, Allah lebih berhak terhadap dirimu. Semoga dipermudahkan semua urusan dunia dan akhirat. Al-Fatihah untuk  Muhammad Akmal Shahiran.

Maafkan aku,
rakan seperjuangan,
1. Kau tidak melihat air mata ku menitis mahupun mengalir ketika sahabat kita menemui Ilahi. Tapi, didalam, hati meronta-ronta menangisi.

2.Ya kerana aku lelaki, aku tidak mampu membelai kau seperti seorang ibu membelai anaknya yang sedang sakit. Kerana kau juga seorang lelaki dan aku tidak pasti sama ada kau lebih selesa atau tidak. Itu aku tidak pasti, hanya kau yang lebih ketahui.

3. Aku tidak mampu memberi kata perangsang yang membangunkan jiwa selepas kehilangnmu. Tapi, aku ingin kau tahu, aku tidak mahu kau bersedih kerana hatiku juga turut bersedih ketika melihat dirimu dalam keadaan hiba. Sayu.

4. Aku faham, tiada siapa yang boleh menggantikan tempat dia, tapi aku ingin kau tahu, masih ramai di kelilingmu yang sedia mendengar dan setia disamping mu sebagai pendengar dan sahabat sejati.

Maafkan aku, rakan seperjuangan. Maafkan aku.

Ikhlas.


No comments:

Post a Comment

I LUV ISLAM

iluvislam

About This Blog

free counters