Sunday, November 14, 2010

Aku bukan senior

Kosong. Fikir semula.
Masih mencari jawapan. 

Aku masih ingat semua, masih jelas kerana perkara ini berlaku lebih kurang 2 bulan yang lepas. Mereka masih teragak-agak memanggil nama aku. Kadang-kadang terdengar sedikit kejanggalan pada suara mereka. Mungkin masih mencari ayat atau perkataan yang sesuai untuk digunakan. Tidak mengapa, aku mengerti.

Tapi, itulah sahabat-sahabat baru aku. Masih mengenali. Dan aku tidak peduli apa yang orang lain ingin bicarakan tentang aku. 

Sekarang, semua kejanggalan sudah hilang. Hilang di bawa arus masa yang terus berlalu tanpa menoleh ke belakang.
Ya, aku hargai apa yang semua kamu lakukan. hmmm...apa ya? aku pun tidak pasti.

Bila di fikirkan semula, ianya bukanlah satu issu. Hanya sekadar mainan perasaan yang akan berlalu pergi bila ia tidak diperlukan lagi.

Aku tidak mintak apa-apa. Dihargai? tidak mengapa, biar mereka yang ingin menghargai sahaja yang melakukan. Tidak mahu? tidak mengapa, aku tidak kisah.
Terdiam.

Aku bukanlah orang yang sempurna. Aku insan biasa yang mempunyai perasaan. Normal.
Tapi, biarlah perasaan aku, hanya insan betul-betul menghargai yang tahu. Bukan ingin beremosi, jauh sekali tidak.

Sokongan dari kalian, memang sangat diperlukan untuk perjuangan di bumi cinta ini. 

Maaf sekiranya selama ini ada menyinggung perasaan sama ada dalam keadaan sedar atau tidak.

Maaf sekali lagi.

Ikhlas,
mfs

No comments:

Post a Comment

I LUV ISLAM

iluvislam

About This Blog

free counters