Friday, November 19, 2010

Aku Bukan Senior-part 2

Tidak berniat untuk menyambung dari yang pertama.Sungguh. Tidak terdetik.
Tapi, dari apa maklumbalas yang diterima, aku perlu membuat kesinambungan.
Bukan untuk menambah celoteh ini. Tapi hanya ingin menjelaskan sebelum salah faham ini terus berlanjutan. Mengeluh.

Tersenyum kembali. Bagaimana celoteh yang aku tulis boleh menjadi bahan gelak rakan-rakanku di dalam kuliah?
Adakah disebabkan kandungan tersurat atau tersirat atau bahasa yang digunakan? Tapi, dari situlah aku mendapat tahu salah faham yang mungkin akan timbul.

Kepada yang berkenaan. Siapa? kamu, ya kamu. 
Terima kasih di atas semua. Semuanya.

Maaf. Sekiranya ada salah faham yang timbul. Aku pun tidak faham kenapa salah faham boleh timbul sedangkan aku menggunakan bahasa yang mudah. Mungkin. Tidak mengapa.

"Give me some sunshine
Give me some rain
Give me another chance
I wanna grow up once again"

Aku tidak minta kamu memanggil aku dengan title ABANG di hadapan nama aku. Aku tak mintak. Jauh sekali ingin menyuruh. Tersenyum lagi.

Aku tidak minta kamu untuk ucap terima kasih di setiap perkara yang aku lakukan untuk kamu. Sungguh. Aku tak minta. Muka serius.

Aku tidak minta kamu bertanya khabar tentang diriku. Memang sungguh. Aku tidak minta.

Tapi, satu sahaja yang aku minta dari kamu...

Jadilah sahabat aku didunia dan diakhirat.

Hanya ini sahaja permintaan aku. Dan aku tidak mengharap untuk kamu tunaikan permintaan yang satu ini.
Tidak mengharap.

Aku mincintai kamu kerana Allah,
Aku mengasihi kamu kerana Allah,
Aku menyayangi kamu kerana Allah,
Ya, Semuanya kerana Allah...

Dan jika diri ini sesat atau tersasar dari jalan Allah,
Tegurlah aku,
Tolong lah aku,
Bantulah aku,
Aku juga insan biasa yang perlu ditegur.

No comments:

Post a Comment

I LUV ISLAM

iluvislam

About This Blog

free counters